Friday 21 September 2012

Nokia ku Rosak....

Sayonara......
Handset yang saya gunakan selama hampir 5 tahun sudahpun rosak.... Sebenarnya, handset tu jatuh kat dalam bilik air masa Yusof bercuti 2 hari 2 malam kat bilik 5 bintang di Hospital Sultanah Bahiyah baru-baru ni..... Dah jatuh kat bilik air, saya pun basuh la sekali lalu handset tu.... Pas tu lupa nak bukak dan keringkan balik... Mula-mula, button up dan down ja yang tak berfungsi.... Ok lagi sebab masih boleh call in dan call out.... Sampai la saya takleh dengar suara pemanggil lagi dah.... Sedih sungguh hati ni sebab dah lama saya gunakan handset tu.... Sungguhpun keadaannya sudah terlalu dho'if, tapi amat besar sekali jasanya kepada saya....

Nampaknya, dengan berat hatinya terpaksalah saya tukarkan dengan Nokia yang lain pulak.... 
My new Nokia...
 
tak la banyak beza sangat.... besor sikit ja daripada yang lama....
Walaupun 'Patah tumbuh hilang berganti' namun tak sama yang baru dengan yang lama.... Semua contact list saya takleh copy.... Mintak maaf la pada kawan-kawan dan sedara-mara kalau lepas ni saya tak dapat nak hubungi.... Ok... do contact me....



Tuesday 11 September 2012

Deco-deco "Kempen Kibarkan Jalur Gemilang" @KMP


Sempena Bulan Kemerdekaan ke 55, KMP menganjurkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.... UPIM juga turut terlibat dalam kempen ini.... Jadinya, kami semua dapat tugasan untuk sesi deco-deco di UPIM.... Saya ditugaskan untuk sediakan angka 55... Kak Kin kena sediakan blok huruf ' J A N J I  D I T E P A T I '.... Kak Am pulak kena beli kain yang berwarna merah, biru, kuning dan putih....


Part 1 ~ Sesi potong-potong dan kaler-kaler.... Saya dan Kak Kin buat angka 55 dan blok ' J A N J I  D I T E P A T I ' pada hari Jumaat.... selepas selesai UPS 1, sebelum cuti pertengahan semester.... Kebetulan pula Kak Am MC..... jadi, hanya kami berdua sahaja...























Part 2 ~ sesi potong kain untuk buat scallop.... ala-ala royal scallop gitu....

















Part 3 ~ sesi deco-deco.... aktiviti menghias UPIM.... Kat dalam unit dan juga kat luar unit.... Nasib baik ada Ustaz Ubaidillah untuk scene panjat memanjat tangga sebab nak gantungkan royal scallop tu....















p/s : kredit kepada blog Saujana Kasih untuk perkongsian pic....