Showing posts with label kmp. Show all posts
Showing posts with label kmp. Show all posts

Monday, 5 June 2017

Selamat Datang Gen 18

Hari ni merupakan pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu sesi 2017/2018.... Minggu Pengurusan Pelajar Baharu bagi sesi ni jatuh pada bulan Ramadhan... Selamat datang buat semua anak-anak KMP Generasi 18... Semoga kecemerlangan mengiringi langkah kalian di KMP...

Tuesday, 3 December 2013

Kursus Pengurusan Jenazah@KMP sesi 2013/2014

Pada hari Ahad (1 Disember 2013) diadakan Kursus Pengurusan Jenazah untuk pelajar-pelajar KMP. Penceramah dijemput dari Kem Briged Sempadan iaitu Ustaz Muhammad Hanif dan Ustazah Nawadir. Program bermula pada jam 8.30 pagi di mana sesi taklimat diadakan sebelum slot teori yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanif. Lebih kurang jam 11.00 pagi, peserta-peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk slot praktikal di Masjid Al-Falah. Pelajar-pelajar diberi peluang menguruskan model jenazah dengan memandikan, mengkafankan dan solat jenazah.







Sunday, 1 December 2013

Asyura KMP

Pada 29 November 2013 (Jumaat), diadakan gotong-royong penyediaan bubur asyura di KMP. Diketuai oleh Encik Embi dan Ustaz Raja. Pelajar-pelajar dari Pusat Islam turut membantu penyediaan bubur asyura kali ini. Sebanyak 6 kawah bubur disediakan untuk diagihkan kepada pelar-pelajar, pensyarah dan staf serta jemaah Masjid Al-Falah yang datang menunaikan solat Jumaat.




Saturday, 30 November 2013

Kursus Transformasi Pendidikan @Kem Bina Negara Langkawi

Walaupun baru memulakan tugas pada minggu pertama semester 2 sesi 2013/2014, saya dan rakan-rakan dikehendaki menghadiri Kursus Transformasi Pendidikan yang diadakan di Kem Bina Negara, Langkawi pada 26 hingga 28 November 2013. 

Kursus ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kursus ini dihadiri seramai 72 orang peserta. Antara pengisian kursus ini adalah; slot ceramah yang bertajuk "Halatuju Negara Maju" dan beberapa slot Penjanaan Keilmuan Peningkatan Kesedaran (PKPK). Banyak info yang diperolehi sepanjang kursus ini. Selain itu, aktiviti yang dijalankan dalam slot  PKPK banyak memupuk semangat kerjasama/teamwork dalam gerak kerja kumpulan.


Slot ceramah

PKPK 1

PKPK 4

Ucapan perasmian penutupan



Friday, 25 October 2013

PSPM 1 dah mula....

Hari ni pelajar-pelajar Program Matrikulasi menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi... Walaupun saya tak bertugas sebagai pengawas peperiksaan pada PSPM 1 ni, namun saya mendoakan agar semua pelajar-pelajar dapat menghadapinya dengan tenang... Semoga Allah permudahkan urusan kalian sepanjang PSPM 1 ni... Amin...

Buat rakan-rakan, "SELAMAT BERTUGAS".....

Tuesday, 24 September 2013

Station Game @KMP~Pendidikan Moral sem 1 2013/2014

Pada 22 September 2013 Unit Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan program Station Game yang melibatkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Moral WM011. 

Antara objektif program ini adalah :



1.  Membangunkan potensi diri yang ada dalam diri pelajar serta melatih pelajar supaya bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan
2. Mengeratkan hubungan serta meningkatkan persefahaman antara pelajar supaya dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
3.  Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.

Antara pengisian program ini adalah; Kuiz Kenegaraan, Pengetahuan Am dan beberapa aktiviti yang mencabar minda pelajar.






Pengerusi memberikan taklimat














Sebahagian peserta dan AJK bergambar selepas program


AJK Station Game

Monday, 23 September 2013

Karnival Nasyid@KMP sesi 2013/2014


Hari Ahad 22 September 2013 baru ni telah diadakan Karnival Nasyid di Dewan Sri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis anjuran JK Kelab Kebudayaan dan Kesenian 1 Malaysia... 


Persembahan daripada Kumpulan Rijalul Wasim...
Saya dijemput sebagai juri untuk Karnival Nasyid bagi kategori lelaki... Persembahan yang menarik telah diberikan oleh semua kumpulan yang menyertainya...


En Shahrom (KJPP) menyampaikan cenderahati kepada juri...
Tahniah buat Kak Kin dan Kak Am... Sesi depan boleh organise lagi ye...:)

Monday, 16 September 2013

Sekitar Sambutan Semarak Kemerdekaan Malaysia ke 56@KMP

Selamat Menyambut Hari Malaysia...

KMP telah menjalankan Sambutan Semarak Kemerdekaan ke 56 Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis pada 16 Ogos 2013 hingga 16 September 2013.... Beberapa program telah dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut, antaranya :


# Pelancaran Sambutan Semarak Kemerdekaan Malaysia ke 56 dan Larian KAKOM

# Kempen Kibar Jalur Gemilang
# Pertandingan Penghasilan Blog dan Poster Kemerdekaan
# Majlis Bacaan Yasin Pejuang Kemerdekaan
# Sambutan Merdeka Raya
# Program Timeless Independence III
# Sambutan Hari Malaysia

Antara foto program yang sempat dirakamkan sepanjang program Sambutan Semarak Kemerdekaan Malaysia ke 56 Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis....


Pelancaran program



Larian KAKOM








Perasmian oleh Timb Pengarah En Mohd Fuad Mohd Noor

Majlis Bacaan Yasin Pejuang Kemerdekaan





Persiapan UPIM untuk Kempen Kibar Jalur Gemilang










simple deco untuk Kempen Kibar Jalur Gemilang dari UPIM
Pohon logo kemerdekaan ~ air tangan Kak Halimah

Kempen Kibar Jalur Gemilang @ Kediaman Felo





Penyediaan rojak oleh UPIM & Unit Kemahiran Dinamika untuk Sambutan Merdeka Raya



Sambutan Merdeka Raya @ Dewan Sri Kayangan



Ok, dah abis dah pic.... Ni ja yang sempat dirakamkan...