Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un....

Seminggu sudah berlalu sejak kembalinya Ustaz Romli bin Mat ke rahmatullah yang merupakan salah seorang rakan sekerja di Unit Pendidikan Islam dan Moral, KMP. Pemergian beliau sangat dirasai di unit ini. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dan bersemangat dalam melaksanakan tugas.

Salam takziah buat keluarga Ustaz Romli yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun 2015 (Ahad) yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Al-fatihah.........

Friday, 27 December 2013

Tq atas jemputan...

25 Disember 2013 (Rabu)

~Menghadiri Walimatul Urus Syafiq Fitri & Siti Nurliyana di Dewan LPPKN, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Terima kasih Kak Norlida atas jemputan. Berkesempatan untuk bertemu dan bergambar dengan rakan-rakan dan anak-anak didik dari SMK Kampong Kastam.

Sempat juga berbual dengan Kak Radziah, Kak Fishah, Kak Lydia, Cikgu Shukor dan Mr Lim.

Haja baru sampai...

TQ kak Norlida...:)

Kak Sahariah n Hajar...

Memandangkan saya bersama-sama dengan bonda saya dan Ngah, sekejap sahaja di majlis tersebut kerana nak menziarah Mak Ndak kat Permatang Manggis. Balik dari Permatang Manggis, singgah sekejap kat rumah Pak Njang kat Sungai Lalang.

Wednesday, 29 May 2013

Bertemu dan Berpisah....

Sudah lama tidak menjengah ke sini... tidak sempat nak menitipkan bicara dan luahan rasa hati...

Tapi hari ni nak titipkan kenangan bertemu dengan sahabat sekerja semasa kat SMK Kampong Kastam dulu... seronok sungguh dapat jumpa dengan Kak Radziah pada hari Isnin baru-baru ni... masih lagi jelita seperti dulu....

Sebenarnya Kak Radziah datang ke KMP untuk pendaftaran anaknya~Muhammad Aidil... Saya jumpa dengan Kak Radziah selepas Taklimat Waris...

Alhamdulillah dapat jumpa Kak Radziah selepas tujuh tahun tak jumpa... gembira tak terkata... sebabnya Kak Radziah ni antara sahabat yang rapat dengan saya kat Kg Kastam dulu... kami duduk bersebelahan kat bilik guru... dan saya banyak berkongsi cerita dengan Kak Radziah ni... hehe... 

Ada umur...ada jodoh... Insyaallah kita bertemu lagi... Bertemu dan berpisah kerana Allah....

:::Semoga bertemu lagi:::