Showing posts with label kmk. Show all posts
Showing posts with label kmk. Show all posts

Friday, 6 July 2012

Selamat Tinggal KMK....

Kali ni saya ingin berkongsi bicara tentang pertukaran saya dan rakan-rakan ke Perlis. Saya bersama-sama Kak Kin, Kak Am dan Kak Aufa telah mendapat surat arahan pertukaran pada 3 Julai yang lalu... So, 5 Julai merupakan hari terakhir saya dan rakan-rakan berkhidmat di KMK.



Punch card terakhir di KMK....
Oleh kerana saya akan bertukar, maka kubikal saya perlu dikosongkan. Memandangkan dah hampir 6 tahun saya kat sini, nampaknya memang banyak barang-barang saya yang perlu dibawa pulang. So, pagi tadi saya ke KMK untuk membawa pulang semua barang-barang saya. Banyak sungguh barangnya sampaikan berkotak-kotak. Alhamdulillah, ada students yang membantu. Terima kasih kepada Hanafi, Faridzul x2, Aidil dan sorang lagi yang saya lupa nak tanyakan namanya.... Terima kasih daun keladi no..... Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan dan rahmatNya.... 

Thanks a lot....
Sebahagian barang letak kat rumah baru...
Memandangkan ini mungkin entri terakhir saya di bawah label kmk, maka saya di sini menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan kepada semua warga KMK terutamanya rakan-rakan di Unit Pendidikan Islam dan Moral.... kot-kot saya ni ada mengguriskan hati rakan-rakan semua sama ada secara saya sedari ataupun secara tak sedar... Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga KMK atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat di KMK... Jasa kalian semua tidak terbalas rasanya... Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian semua dengan rahmat dan barakahNya.....


Selamat tinggal KMK....
Sayonara....... view terakhir yang sempat dirakamkan.....

Monday, 2 July 2012

Kursus Smart Al-Quran : Celik Al-Quran, Bijak Tajwid

Alhamdulillah..... pada hari Sabtu baru-baru ni ( 30 Jun 2012) Unit Pendidikan Islam dan Moral, Kolej Matrikulasi Kedah telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Kursus Smart Al-Quran bertempat di Dewan Banquet. Tahniah Kak Kin (penyelaras program) dan Kak Wa (s.u program).....

Kursus ini dirancang khusus untuk staf KMK yang berminat... Selain itu, pelajar-pelajar yang terdiri daripada imam di Masjid Khulafa' ar-Rasyidin juga turut menyertai kursus ini.... Saya hampir-hampir tidak menyertai kursus ini memandangkan saya kurang sihat sejak hari Jumaat lagi.... Pagi Sabtu tersebut, saya berkira-kira untuk hadir @ tak.... Tapi, kalau tak pegi rugi pulak rasanya..... So, saya pun menggagahkan diri pegi jugak ke KMK namun dihantar oleh cik Abang la.... tak mampu nak drive ke Changlun rasanya...... Walaupun saya rasa dah lewat tapi semasa saya tiba (maaf Kak Am.... Kak Am sorang-sorang ja handle pendaftaran peserta), Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan perasmian.... sempat jugak dengar amanat daripada pengarah....

Program dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah.... Penceramah untuk kursus hari ini ialah Sheikh Kadri Abd Hamid al-Hafiz yang merupakan pensyarah di Insaniah.... Banyak input yang disampaikan oleh beliau terutamanya kepentingan membaca al-quran secara tartil..... Kursus ini memberi fokus kepada Makhraj huruf dan Sifat huruf..... Kursus ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta-peserta yang hadir.... Insyaallah... jika tiada aral, mungkin ada siri lanjutan.... 

Gambar boleh lihat di bawah.... Actually, saya bukanlah AJK Dokumentasi.... tapi saya memang suka ambik-ambik gambar ni.... just untuk koleksi peribadi je....

penceramah~Sheikh Kadri Abd Hamid
 
 

peserta khusyuk mendengar input daripada penceramah


pelajar yang turut menyertai kuliah al-Quran ini


Pengarah menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Tuesday, 12 June 2012

Bicara Hati... + My Student....sem 2 1112

Rasanya sudah lebih sebulan saya tak berbicara di blog ni.... Sejak-sejak demam campak time cuti semester hari tu... Bila dah start keja, ada jugak keinginan nak update blog ni.... Tapi, terbantut pula dengan perasaan dukacita yang teramat sangat kerana menjadi insan terpilih untuk ditukarkan ke Kolej Matrikulasi Perlis..... Hilang semua mood saya untuk menulis..... Hari ni baru la berkesempatan menitipkan bicara kat sini.... Persoalannya... Adakah saya dan sahabat2 yang lain bertukar ke Perlis???... Tunggu je la keputusannya nanti... Hopefully ada berita baik dari Pengarah.....

Okey.... Cukuplah satu paragraph ja bicara sedih saya.... Dah masuk minggu ketiga sesi baru bermula ~ sesi 2012/2013.... Teringat pula pada pelajar-pelajar sesi yang lalu.... Actually, saya nak pahatkan wajah-wajah student saya dalam entri kali ni.... Saya snap pic ni dah lama dah.... Cuma tak sempat nak upload..... maklum la tengah dalam zon kesedihan.... Mana-mana kelas yang tak sempat nak snap pic tu, maaf la no....

Inilah wajah-wajah student saya semester 2 sesi 2011/2012.....
K1S3T7B
K2S3T3A
free style.... comel betul diorang ni...
K3S3T5B : Anak angkat.... kelas Ust Imran...
A2T1A ~ student lelaki dua2 tak mai kelas akhir... ponteng...
A1T1B
K1S3T4A
K1S3T4B
K4S3T2B ~ maaf... tak sempat amik gambar... 3 orang je yang ada dalam arkib... Syatir, Ilyas & Haidar...

Semoga segala ilmu yang telah disampaikan kepada mereka dapat dimanfaatkan selepas ini.... Semoga Allah permudahkan semua urusan mereka...... 

Moga Allah berkati kehidupan kalian.... & Moga kalian semua cemerlang di dunia dan cemerlang juga di akhirat kelak.... Amin....

Thursday, 12 April 2012

Majlis Sekalung Budi


Majlis Sekalung Budi 2011/2012 merupakan program di bawah anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah, Kolej Matrikulasi Kedah. Majlis ini diadakan pada 9 April 2012 bertempat di Dewan Banquet Kolej Matrikulasi Kedah.

Antara justifikasi utama program ini diadakan adalah untuk; menghargai semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh pimpinan pelajar sepanjang tempoh pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah. Pelajar-pelajar ini merupakan nadi serta penggerak dalam melaksanakan program-program kerohanian dan spiritual di Kolej Matrikulasi Kedah sepanjang sesi 2011/2012. Di samping itu, program ini diadakan bertujuan untuk  mengeratkan silaturrahim antara Pensyarah-pensyarah Penasihat dan pimpinan pelajar Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah Kolej Matrikulasi Kedah. Oleh itu, majlis ini dirancang khusus sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh mereka.

 
Kehadiran Pengarah KMK
a

Majlis ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 3.45 petang. Majlis berjalan dengan lancar dimulai dengan bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Nafis bin Abdul Rasid. Seterusnya, ucapan daripada wakil pimpinan pelajar Mohamad Nasrullah bin Mahamad Tahir dan ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah iaitu Encik Mohd Othman bin Yussof. Majlis diteruskan lagi dengan perasmian program oleh Tuan pengarah Kolej Matrikulasi Kedah YM Raja Abd Rahman bin Raja Amran.

 



Barisan pensyarah penasihat JPMD







Seterusnya, majlis diserikan dengan tayangan video berkaitan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang sesi pengajian 2011/2012. Kemuncak program ini adalah penyampaian cenderahati kepada pimpinan-pimpinan pelajar Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah Kolej Matrikulasi Kedah di atas semangat dan komitmen mereka dalam melaksanakan program-program sepanjang sesi ini.

Majlis berakhir dengan jamuan minum petang dan sesi bergambar.