Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, 7 December 2013

Seminar Pengukuhan Akidah dan Pemantapan Syariah Negeri Perlis 2013

6 Disember 2013 (Jumaat)
~Saya bersama dengan Kak Kin, Kak Am dan Kak Aufa menghadiri Seminar Pengukuhan Aqidah dan Pemantapan Syariah di Dewan Bakawali, bertempat di MES Pegawai Kanan PDRM, Kangar. Seminar ini merupakan salah satu program dalam Karnival 3M Usahawan Negeri Perlis 2013 yang berlangsung pada 4 hingga 8 Disember 2013.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Tiga slot perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam seminar yang saya ikuti ini :

Wacana 1 : Ancaman Kristianisasi
~YBhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad bin Johan
~Presiden NADI (National Aerospace & Defence Industries

Wacana 2 : Ajaran Sesat : Perkembangan dan Ancaman
~YBhg. Prof Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
~Pensyarah Bahagian Pengajian Islam USM

Wacana 3 : Islam dan Ancaman Kristianisasi
~Tuan Haji Shah Kirit Kakulal Govindji
~Islamic Information dan Services



Gimik perasmian penutupan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis...

Sunday, 1 December 2013

Asyura KMP

Pada 29 November 2013 (Jumaat), diadakan gotong-royong penyediaan bubur asyura di KMP. Diketuai oleh Encik Embi dan Ustaz Raja. Pelajar-pelajar dari Pusat Islam turut membantu penyediaan bubur asyura kali ini. Sebanyak 6 kawah bubur disediakan untuk diagihkan kepada pelar-pelajar, pensyarah dan staf serta jemaah Masjid Al-Falah yang datang menunaikan solat Jumaat.




Saturday, 30 November 2013

Kursus Transformasi Pendidikan @Kem Bina Negara Langkawi

Walaupun baru memulakan tugas pada minggu pertama semester 2 sesi 2013/2014, saya dan rakan-rakan dikehendaki menghadiri Kursus Transformasi Pendidikan yang diadakan di Kem Bina Negara, Langkawi pada 26 hingga 28 November 2013. 

Kursus ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kursus ini dihadiri seramai 72 orang peserta. Antara pengisian kursus ini adalah; slot ceramah yang bertajuk "Halatuju Negara Maju" dan beberapa slot Penjanaan Keilmuan Peningkatan Kesedaran (PKPK). Banyak info yang diperolehi sepanjang kursus ini. Selain itu, aktiviti yang dijalankan dalam slot  PKPK banyak memupuk semangat kerjasama/teamwork dalam gerak kerja kumpulan.


Slot ceramah

PKPK 1

PKPK 4

Ucapan perasmian penutupan



Friday, 27 September 2013

TRAINING THE TRAINER : ONE IN A MILLION

Dua hari mengikuti program :

Training The Trainer : One In A Million
'Agama Dianuti, Bangsa Disanjungi, Budaya Dihormati'
25 & 26 September 2013
Anjuran Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.




Ucapan aluan oleh Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin


Perasmian oleh Timb Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis


Lim Jooi Soon




sejarah agama Kristian~oleh Ustaz Mohd Amin Yaacob


Berempat ja... ~sahabat yang lain tak masuk lagi...


Firdaus Wong Wai Hun


LDK~satu group dengan kakitangan dari Jabatan Perbendaharaan


kumpulan kami terpilih untuk present...~ketaq betoi la dok kat depan tu~ kawan2.... tolong!!!
Soalan A3 :
Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad wafat. Jadi, bila Nabi Isa dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Macam mana nak jawab ya???
Agak-agaknya apa yang kumpulan kami jawab ya....;)

Tuesday, 30 July 2013

Bubur Lambuk Ramadhan 1434H@KMP

Aktiviti menyediakan bubur lambuk sempena Program Ihya' Ramadhan pada 24 Julai 2013 yang lalu.... Aktiviti ini diadakan di Masjid Al-Falah...

 Sebenarnya, penyediaan bubur lambuk ni di'sponsor' oleh Kak Aina dari Unit Pengurusan Perniagaan... Aktiviti dimulakan pada pukul 11.00 pagi sebab time ni semua takda kelas... Time ni cuma ada aktiviti mentor menti... Tapi pensyarah UPIM semua free sebab minggu lepas dah ada mentor menti... Kak Kin dengan Kak Am ja yang ada mesyuarat JK Kebudayaan dan Kesenian...
Tokey bubur lambuk hari ni....

Saya ni posing ja lebih ni...

2 periuk disediakan khusus untuk warga KMP

Alhamdulillah... bubur lambuk siap disediakan lebih kurang 3.00 petang... Saya tak dapat tunggu hingga selesai sebab ada kelas pada jam 2.00 hingga 4.00... So, ni saja la pic yang sempat snap...

Thursday, 15 November 2012

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun....@KHTK

Pada petang Rabu kelmarin telah diadakan bacaan doa awal tahun kat Surau KHTK... Petangnya kami dok masak-masak kat umah Tok Su.... Menu nya Nasi Tomato, daging masak hitam, gulai ikan dan acar timun..... Buat masa ni... sempat publish ni ja ... nanti saya update kan...hehe


Doa akhir tahun dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib....apabila masuknya waktu maghrib para jemaah surau melaksanakan solat magrib secara berjemaah yg diimamkan oleh Encik Abdul Rahman... Sejurus selepas bacaan doa selepas solat diadakan pula bacaan doa awal tahun dan diikuti dengan Bacaan Yaasin.....