Wednesday 30 April 2014

Dah Cuti...

Hari ni dah pun mula cuti semester 2... Nampaknya, tak sempat jugak nak publish entri tentang program-program kat KMP... Memandangkan hari Sabtu ni nak kena submit 4 assignment, rasa macam tak cuti la pulak...

Tak boleh nak celoteh lama-lama ni... nak kena siapkan fundamentalisme dulu ye...

Wednesday 12 March 2014

Bicara...

Bicara yang bz...

Lamanya bercuti dari menjengah ke sini... Kebelakangan ni agak sibuk dengan aktiviti kat kolej... Alhamdulilah dah selesai Program Lestari Ilmu selama 2 minggu, tapi takdan nak masukkan entri kat dalam ni.... insyaallah kalau berkesempatan nanti akan dimasukkan.... tinggal lagi Program Tafaqquh Wal Islah untuk bulan Mac ni...

Bz juga dengan assignment yang masih belum selesai... Dok bagi assignment kat student saja... kali ni diri sendiri pulak yang struggle nak siapkan assignment...

Apa-apa pun kena uruskan masa dengan baik... Masa tak akan bertambah... Allah bagi kita 24 jam sehari... Maka, gunakanlah dengan sebaik-baiknya... Masa untuk bekerja, beribadat, untuk famili, nak study, nak uruskan kerja di rumah yang tak pernah selesai, untuk aktiviti dengan masyarakat dan banyak la lagi yang nak dibuat sepanjang satu hari... Moga-moga, masa yang Allah berikan itu digunakan untuk mencari keredhaan dari Allah... Moga apa yang dibuat mendapat keberkatan...

Saturday 8 February 2014

Sesi Menganyam Ketupat

Sesi menganyam ketupat telah berlangsung dengan jayanya pada petang kelmarin hingga ke malam hari... Sebenarnya daun nyior ni Mak Teh yang bawak mai kononnya nak belajaq menganyam... Empat batang pokok nyior Toksu ditebang sebab nak buat longkang... sebab tu la ada daun nyior ni... 

Akhirnya berjaya jugak Mak Teh dengan sesi pembelajaran tersebut... Ramai lagi la yang dok belajaq ni; Aiman, Chik Man, Amer, Mak Lang, Kak Own, Ndak Toh... Yang tok gurunya pulak Long An... Saya pulak dah ingat2 lupa... tapi, finally ingat balik la...

Ok, seterusnya.... tutorial untuk anyam kelongsong ketupat....

Lilit daun nyior tiga lilitan pada jari kedua-dua belah tangan macam kat bawah ni... 


Mulakan anyaman dengan menjalin daun pada tangan kanan dan kiri

hingga jadi macam ni....

Matikan jalinan anyaman...

Kemaskan anyaman....

Ni, dah siap saya punya anyaman... 


Hasil sesi anyaman kelmarin...