Showing posts with label handmade. Show all posts
Showing posts with label handmade. Show all posts

Saturday, 8 February 2014

Sesi Menganyam Ketupat

Sesi menganyam ketupat telah berlangsung dengan jayanya pada petang kelmarin hingga ke malam hari... Sebenarnya daun nyior ni Mak Teh yang bawak mai kononnya nak belajaq menganyam... Empat batang pokok nyior Toksu ditebang sebab nak buat longkang... sebab tu la ada daun nyior ni... 

Akhirnya berjaya jugak Mak Teh dengan sesi pembelajaran tersebut... Ramai lagi la yang dok belajaq ni; Aiman, Chik Man, Amer, Mak Lang, Kak Own, Ndak Toh... Yang tok gurunya pulak Long An... Saya pulak dah ingat2 lupa... tapi, finally ingat balik la...

Ok, seterusnya.... tutorial untuk anyam kelongsong ketupat....

Lilit daun nyior tiga lilitan pada jari kedua-dua belah tangan macam kat bawah ni... 


Mulakan anyaman dengan menjalin daun pada tangan kanan dan kiri

hingga jadi macam ni....

Matikan jalinan anyaman...

Kemaskan anyaman....

Ni, dah siap saya punya anyaman... 


Hasil sesi anyaman kelmarin...

Wednesday, 10 October 2012

Keraskan Tangan...

Hari ni nak bicara tentang hasil kerja tangan saya ~ beg kecik untuk letakkan Nokia 300 saya yang dibeli bulan lepas... 
Saya buat dua ruang... Bahagian depan letak handset, ruang belakang letak earphone...

Walaupun beg ni kecik ja, tapi saya mengambil masa selama dua hari nak siapkan.... Dah lama tak mengeraskan tangan ni untuk kerja-kerja yang macam ni.... 

Pembahagi antara ruanghandset & earphone - saya gunakan benang berwarna putih...

Last saya buat lebih kurang 5 tahun lepas.... kopiah untuk Yusof semasa berusia 3 bulan.... Yang ni pun, lebihan benang yang saya gunakan untuk kaitkan kopiah Yusof... 


Kopiah ni dah  tak muat pun sekarang... Dah diwarisi Ishak Alrawa pulak....