Tuesday 3 December 2013

Kursus Pengurusan Jenazah@KMP sesi 2013/2014

Pada hari Ahad (1 Disember 2013) diadakan Kursus Pengurusan Jenazah untuk pelajar-pelajar KMP. Penceramah dijemput dari Kem Briged Sempadan iaitu Ustaz Muhammad Hanif dan Ustazah Nawadir. Program bermula pada jam 8.30 pagi di mana sesi taklimat diadakan sebelum slot teori yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanif. Lebih kurang jam 11.00 pagi, peserta-peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk slot praktikal di Masjid Al-Falah. Pelajar-pelajar diberi peluang menguruskan model jenazah dengan memandikan, mengkafankan dan solat jenazah.







No comments:

Post a Comment