Monday 13 February 2012

Majlis Maulidur Rasul 1433 H/2012@KHTK


Bicara saya hari ini adalah mengenai Majlis Maulidur Rasul yang dijalankan di kampung saya pada hari Jumaat 10 Februari 2012. 


Pagi-pagi lagi anak saya si Yusof dah bertanya,"Nak buat apa hari ni Ummi....ramai-ramai??" Saya pun bagitau la kat Yusof...,"Hari ni kita nak buat majlis untuk Nabi kita...birthday Rasulullah...."  
 


Majlis hari ini bermula pada pagi hari Jumaat dengan alunan ayat-ayat al-quran, alunan marhaban dan bacaan tahlil.  Manakala di sebelah malamnya, diadakan Kuliah Maghrib.


Semua warga KHTK bergotong-royong menyediakan menu jamuan tengah hari untuk semua yang hadir. Menu yang disediakan untuk hari ini ialah nasi Arab. 
 










rajinnya... anak dara sapa ni??


Tok cik sedang sarapan..
pulut kukus+ikan kering+nyior kukur...

Pakat-pakat pasang khemah





 Bapa-bapa bergotong-royong memasak nasi dan dalca..... Ibu-ibu pula memerah santan....

ok...masukkan kismis...
kacau...jangan tak kacau...


 Majlis ini diserikan dengan alunan marhaban daripada kumpulan marhaban Kampung Hujung Telok Kechai.





Yusof ni sempat main bola lagi...


nasi dah masak.....
dalca pun dah masak jugak....


Ngah tengok je ker Long An, K.Cik dan Mak Teh buat air asam???


Anak-anak dara ni dok posing dalam umah...berlatarbelakangkan Pengerusi Program yang sedang nyenyak berehat sebab keletihan sejak pagi-pagi lagi dah ke market.... bukan apa... pengerusi demam hari ni tapi demi tugas digagahkan jugak.... takpe anak buah ramai kat luar...hehe
  

Menu jamuan tengah hari ini.... nasi Arab, dalca dan air asam.... Mmm...memang sedap...tiga kali saya makan hari ni....


Nasi ni saya punya....










Bacaan tahlil oleh warga KHTK diadakan di perkarangan surau. Selepas selesai tahlil...semua yang hadir menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan....
















Ummi Yusof pun nak enterfame jugak...hehe



Program seterusnya adalah Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Imran b Yusuff berkaitan Sirah Rasulullah saw.....




Semua ahli jemaah khusyuk mendengar mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Imran......


 Alhamdulillah....majlis hari ini berjalan seperti yang dirancang....

Insyaallah...program yang akan datang mungkin bulan Mac atau April dirancang khusus untuk ibu-ibu dan remaja di mana diadakan kerjasama dengan IKRAM....

No comments:

Post a Comment