Tuesday, 4 September 2012

Bicara Aidilfitri 1433H....

Lebaran Syawal 1433H dah dua minggu berlalu.... Lepas raya ni, virus M telah melanda sampaikan blog ni sunyi sepi tanpa sebarang bicara..... 

Suasana di pagi Aidilfitri kali ni agak kelam kabut kerana pada malam raya kami mendapat khabar mengenai kematian suami Kak Matun.... Jadi, pagi-pagi lagi.... seusai solat Aidilfitri, mak saya bersama dengan Tam E, Njang, Mak Tam dan Ngah Dah dah bergerak untuk menziarah jenazah Abang Shad.... Sebab tu la tak sempat nak amik gambar beramai-ramai ni.....

Walaupun sudah nak basi cerita raya saya, namun saya uploadkan juga koleksi gambar yang sempat dirakamkan semasa raya tempoh hari.....

Juadah yang dihidangkan untuk tetamu..... Biskut dan kek dalam satu bekas.... Saya buat kek dan 3 jenis je biskut.... yang lain tu saya beli dan ada jugak yang Fazila belikan....


Yang rangup pun ada jugak....

Ketupat dan rendang daging jangan dilupa.....

Nasi himpit dan lontong.... Alahai... pic lontong lupa snap la pulak... time dok bergambor ni tak hidang lagi kuah lontong....

Rombongan pertama yang sampai ke rumah selepas solat Aidilfitri.... teenagers.....
Lighting tak cantik la pulak....

Lepas amik gambar diorang tadi, saya keluar dan berposing dengan sepupu-sepapat kat luar pulak....hehe



Pic ni pulak, tak tau la sapa yang snap sebab saya dah pegi beraya ke rumah Tih Pat dan Tok Su....

Macam-macam la gaya depa nak pose....

Pak Tih Mat pun ada.....

Adik bongsu kena tunggu tetamu datang umah... Kakak nak pi beraya....
Asri Al-Rawa with family.....
Awat Ishak Alrawa teriak tu???
Yusof with Ishak....
Sempat bergambor dengan Yusof je... En Azmir pegi beraya tak balik lagi.....

No comments:

Post a Comment