Showing posts with label takziah. Show all posts
Showing posts with label takziah. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un....

Seminggu sudah berlalu sejak kembalinya Ustaz Romli bin Mat ke rahmatullah yang merupakan salah seorang rakan sekerja di Unit Pendidikan Islam dan Moral, KMP. Pemergian beliau sangat dirasai di unit ini. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dan bersemangat dalam melaksanakan tugas.

Salam takziah buat keluarga Ustaz Romli yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun 2015 (Ahad) yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Al-fatihah.........

Wednesday, 20 November 2013

Al-Fatihah buat Fahimi...




Takziah buat Pak Ndak sekeluarga atas kehilangan Mohammad Fahimi bin Thoha yang telah kembali kepada Yang Maha Menciptakan pada 17 November 2013 bersamaan . Arwah yang berusia 18 tahun mengalami kemalangan jalan raya lebih kurang jam 4.00 petang dan menghembuskan nafas terakhir selepas maghrib di Hospital Kepala Batas Seberang Perai Utara. Semoga ruhnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan hamba Allah yang bertaqwa.... Amin....

Al-FAtihah

Thursday, 26 September 2013

Al-Fatihah untuk Pak Ngah Halim

Salam takziah buat Ngah Yah sekeluarga atas kehilangan Pak Ngah Halim, 63 tahun. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu, 25 September 2013. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Al-fatihah.........

Wednesday, 26 December 2012

Takziah..

~Al-Fatihah~

Takziah buat keluarga Abang Zamri atas pemergian isteri ke rahmatullah pada 25 Disember 2012 lebih kurang jam 1 pagi... Jenazah Kak Cik Nisah selamat disemadikan di Perkuburan Islam Alor Ibus kelmarin jam  lebih kurang jam 11 pagi...

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh Kak Cik di alam barzah sana... dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang bertaqwa.... Amin...

Monday, 19 December 2011

Al-fatihah buat Muhamad Jamil bin All Fadil


Salam takziah buat Pak Lang Din dan Mak Lang Faridah sekeluarga atas kehilangan anak lelaki bongsu mereka Muhamad Jamil, 17 tahun. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada malam Sabtu, 17 Disember 2011, jam 12.30 malam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Al-fatihah.........