Saturday 21 July 2012

Ramadhan 1433.... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan....

Selamat datang Ramadhan 1433H... 


Tingkatkan iman dan amal..... Semoga kita semua termasuk di dalam golongan yang mendapat rahmat, barakah dan maghfirahNya..... Amin....

Thursday 19 July 2012

Program Diskusi Hukum

Pada hari Selasa kelmarin, saya menghadiri Program Diskusi Hukum anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis di Auditorium Kompleks KBN, Seriab....Actually, 4 orang pensyarah dari Unit Pendidikan Islam dan Moral KMP yang menghadiri program ini... Saya, Kak Aufa, Kak Halimah dan Ustaz Ubai... Saya pergi bersama-sama Kak Aufa.... tumpang Kak Aufa sebab tak biasa lagi dengan Perlis ni.... So, kat sana berjumpa dengan Kak Halimah....


Rupa-rupanya program hari ni merupakan siri ke 2 bagi tahun 2012.... Perbincangan difokuskan kepada tajuk Puasa..... Penceramah yang menyampaikan informasi bagi program ini ialah salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis iaitu Dr Abdullah Yasin... Beliau membentangkan kertas kerja beliau bagi kedua-dua sidang ceramah.......
 
Dr Abdullah Yasin... penceramah program....

Buku tulisan Dr Abdullah Yasin
 
 
Kami bergambar selepas sesi minum pagi....


Kat dalam Auditorium..... Kak Aufa dan Kak Halimah....


Alhamdulillah.... banyak input yang diperolehi sepanjang program ini....















Tuesday 17 July 2012

Program Tahsin Solat... 1st Programme with KMP

Hari Sabtu baru-baru ni, Unit Pendidikan Islam dan Moral Kolej Matrikulasi Perlis menganjurkan Program Tahsin Solat bertempat di Dewan Kuliah 4.

Program berlangsung sepanjang hari.... tapi saya nak bicara lebih-lebih kat sini pun, saya hanya terlibat semasa hari berlangsungnya program je memandangkan saya dan rakan-rakan baru bertukar ke sini.... Hanya sempat snap beberapa gambar...

Ustaz Ubaidillah sedang memberikan ceramah dengan penuh semangat
Peserta program khusyuk mendengar informasi daripada penceramah
Jamuan untuk peserta dimasak sendiri oleh Jawatankuasa Pelaksana program.... Saya dan rakan-rakan sempat membantu semasa sesi masak memasak kat masjid.... Menu makan tengahari yang disediakan Nasi Apollo, Daging Masak Kurma dan Jelatah....

I'm behind the scene....

AJK menjamu selera selepas selesai sesi memasak....

Friday 6 July 2012

Selamat Tinggal KMK....

Kali ni saya ingin berkongsi bicara tentang pertukaran saya dan rakan-rakan ke Perlis. Saya bersama-sama Kak Kin, Kak Am dan Kak Aufa telah mendapat surat arahan pertukaran pada 3 Julai yang lalu... So, 5 Julai merupakan hari terakhir saya dan rakan-rakan berkhidmat di KMK.



Punch card terakhir di KMK....
Oleh kerana saya akan bertukar, maka kubikal saya perlu dikosongkan. Memandangkan dah hampir 6 tahun saya kat sini, nampaknya memang banyak barang-barang saya yang perlu dibawa pulang. So, pagi tadi saya ke KMK untuk membawa pulang semua barang-barang saya. Banyak sungguh barangnya sampaikan berkotak-kotak. Alhamdulillah, ada students yang membantu. Terima kasih kepada Hanafi, Faridzul x2, Aidil dan sorang lagi yang saya lupa nak tanyakan namanya.... Terima kasih daun keladi no..... Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan dan rahmatNya.... 

Thanks a lot....
Sebahagian barang letak kat rumah baru...
Memandangkan ini mungkin entri terakhir saya di bawah label kmk, maka saya di sini menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan kepada semua warga KMK terutamanya rakan-rakan di Unit Pendidikan Islam dan Moral.... kot-kot saya ni ada mengguriskan hati rakan-rakan semua sama ada secara saya sedari ataupun secara tak sedar... Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga KMK atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat di KMK... Jasa kalian semua tidak terbalas rasanya... Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian semua dengan rahmat dan barakahNya.....


Selamat tinggal KMK....
Sayonara....... view terakhir yang sempat dirakamkan.....

Monday 2 July 2012

Kursus Smart Al-Quran : Celik Al-Quran, Bijak Tajwid

Alhamdulillah..... pada hari Sabtu baru-baru ni ( 30 Jun 2012) Unit Pendidikan Islam dan Moral, Kolej Matrikulasi Kedah telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Kursus Smart Al-Quran bertempat di Dewan Banquet. Tahniah Kak Kin (penyelaras program) dan Kak Wa (s.u program).....

Kursus ini dirancang khusus untuk staf KMK yang berminat... Selain itu, pelajar-pelajar yang terdiri daripada imam di Masjid Khulafa' ar-Rasyidin juga turut menyertai kursus ini.... Saya hampir-hampir tidak menyertai kursus ini memandangkan saya kurang sihat sejak hari Jumaat lagi.... Pagi Sabtu tersebut, saya berkira-kira untuk hadir @ tak.... Tapi, kalau tak pegi rugi pulak rasanya..... So, saya pun menggagahkan diri pegi jugak ke KMK namun dihantar oleh cik Abang la.... tak mampu nak drive ke Changlun rasanya...... Walaupun saya rasa dah lewat tapi semasa saya tiba (maaf Kak Am.... Kak Am sorang-sorang ja handle pendaftaran peserta), Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan perasmian.... sempat jugak dengar amanat daripada pengarah....

Program dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah.... Penceramah untuk kursus hari ini ialah Sheikh Kadri Abd Hamid al-Hafiz yang merupakan pensyarah di Insaniah.... Banyak input yang disampaikan oleh beliau terutamanya kepentingan membaca al-quran secara tartil..... Kursus ini memberi fokus kepada Makhraj huruf dan Sifat huruf..... Kursus ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta-peserta yang hadir.... Insyaallah... jika tiada aral, mungkin ada siri lanjutan.... 

Gambar boleh lihat di bawah.... Actually, saya bukanlah AJK Dokumentasi.... tapi saya memang suka ambik-ambik gambar ni.... just untuk koleksi peribadi je....

penceramah~Sheikh Kadri Abd Hamid
 
 

peserta khusyuk mendengar input daripada penceramah


pelajar yang turut menyertai kuliah al-Quran ini


Pengarah menyampaikan cenderahati kepada penceramah