Saturday 7 April 2012

Program Pembangunan Insan

Alhamdulillah.... program yang telah dirancangkan sejak beberapa bulan yang lalu telah berjaya dilaksanakan kelmarin.... Program Pembangunan Insan adalah program yang dianjurkan oleh JKKK Kg Hujung Telok Kechai dan Jawatankuasa Surau Kg Hujung Telok Kechai dengan kerjasama daripada Wanita Jemaah IKRAM Malaysia Cawangan Kubang Pasu /Alor Setar.

Program bermula lebih kurang pada pukul 3.00 petang. Namun, gerak  kerja telah dimulakan sejak pagi lagi... 

pemasangan banner program


gotong-royong menyediakan menu minum petang
Dah sihat... siap potong daging lagi Pak Teh kita ni...

menggoreng nugget di bawah pokok mempelam
pemasangan khemah oleh bapak-bapak...


Program ini melibatkan tiga sasaran peserta; aulad, remaja dan ibu-ibu. Selain itu, pemeriksaan kesihatan turut dijalankan di dewan Kg Hujung Telok Kechai.


pemeriksaan kesihatan....
Slot untuk aulad diadakan di atas surau...












Slot untuk remaja diadakan di perkarangan surau. Slot ini dikendalikan oleh Cikgu Faridah dari SBPI.






Slot ceramah untuk wanita pula dimulakan dengan bacaan doa oleh Pak Long Man. Seterusnya, ucapan aluan daripada Pengerusi JKKK, Pak Teh Mat. Majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Roshidah, pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah. Seterusnya, penyampaian sumbangan keperluan makanan kepada warga KHTK yang terpilih. Majlis diakhiri dengan solat asar dan jamuan minum petang.





















 
sumbangan kepada warga KHTK oleh IKRAM
penyampaian cenderahati kepada Wanita IKRAM

Sesi bergambar selepas program.....


No comments:

Post a Comment