Thursday 12 April 2012

Majlis Sekalung Budi


Majlis Sekalung Budi 2011/2012 merupakan program di bawah anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah, Kolej Matrikulasi Kedah. Majlis ini diadakan pada 9 April 2012 bertempat di Dewan Banquet Kolej Matrikulasi Kedah.

Antara justifikasi utama program ini diadakan adalah untuk; menghargai semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh pimpinan pelajar sepanjang tempoh pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah. Pelajar-pelajar ini merupakan nadi serta penggerak dalam melaksanakan program-program kerohanian dan spiritual di Kolej Matrikulasi Kedah sepanjang sesi 2011/2012. Di samping itu, program ini diadakan bertujuan untuk  mengeratkan silaturrahim antara Pensyarah-pensyarah Penasihat dan pimpinan pelajar Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah Kolej Matrikulasi Kedah. Oleh itu, majlis ini dirancang khusus sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh mereka.

 
Kehadiran Pengarah KMK
a

Majlis ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 3.45 petang. Majlis berjalan dengan lancar dimulai dengan bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Nafis bin Abdul Rasid. Seterusnya, ucapan daripada wakil pimpinan pelajar Mohamad Nasrullah bin Mahamad Tahir dan ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah iaitu Encik Mohd Othman bin Yussof. Majlis diteruskan lagi dengan perasmian program oleh Tuan pengarah Kolej Matrikulasi Kedah YM Raja Abd Rahman bin Raja Amran.

 



Barisan pensyarah penasihat JPMD







Seterusnya, majlis diserikan dengan tayangan video berkaitan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang sesi pengajian 2011/2012. Kemuncak program ini adalah penyampaian cenderahati kepada pimpinan-pimpinan pelajar Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah Kolej Matrikulasi Kedah di atas semangat dan komitmen mereka dalam melaksanakan program-program sepanjang sesi ini.

Majlis berakhir dengan jamuan minum petang dan sesi bergambar.

No comments:

Post a Comment