Monday, 22 October 2012

Gotong-royong Cat Surau KHTK

20 Oktober 2012, Hari Sabtu baru-baru ni..... diadakan gotong-royong mengecat surau kat kampung saya.... Surau ni dah lama sangat tak tukar cat.... Rasanya dah lima tahun kot.... Tapi... bukan cat semua dinding surau.... cat kat bahagian dalam surau ja... Ok la tu, daripada tak dicat langsung.... So, sempat la snap beberapa pic semasa depa dok mengecat.... 

Ni bahagian luar sebelah muslimat.... tak cat kot kat sini...
 





Ok... sesapa nak sponsor cat lagi, boleh jumpa Pak Teh Mat atau AJK Surau.......

Sunday, 21 October 2012

Weekend... Cuti Tapi....

Hujung-hujung minggu macam ni banyak sangat aktiviti nak dibuat.... Pagi-pagi lagi dah menghantaq Yusof pi sekolah.... kemudian balik umah ambik pula giliran ngasuh si Ishak Alrawa sebab my bonda nak pi market untuk beli bahan-bahan yang nak dimasak petang ni... Bawak Ishak ronda-ronda melawat kampung sat.... Pas tu bagi susu dan tidoqkan dia... Pas tu dan la nak blogwalking sat....hehe

Ishak tidoq elok2 no.... Long ada keja ni....




Bondaku pun pulang dari market.... apa lagi??? jom la masuk dapur!! Prepare untuk lunch pulak... Masak simple dan sempoi ja hari ni... Goreng ikan pelata pisang, goreng begedil ikan dan tomyam ja....





Petang tadi cadangnya nak pi daftar sekolah Yusof untuk masuk darjah satu tahun depan... tapi tak jadi sebab hjan... Esok la kot Walid Yusof pi daftarkan... Dah prepare dah RM 400.00 untuk yuran sekolah Yusof memandangkan kos yuran RM 3++/-... Alahai Yusof... yuran sekolah pun dah beratus-ratus... tak tau la.... Tapi, nak mengaji kan... takpa la kan... pendidikan ni adalah pelaburan untuk masa depan....

Pesanan untuk Yusof :
"Ngaji elok-elok... belajar elok-elok.... kena jadi anak yang soleh.... kena jadi hamba Allah yang bertaqwa... taat pada perintah Allah... takut melakukan larangan Allah...."

Ok, cukup la pesanan penaja untuk Yusof buat kali ni....

Petang pulak.... ada aktiviti masak-masak untuk jamuan malam nanti.... Aktiviti menggoreng bihun beramai-ramai.... Saya ni, macam biasa la... tolong-tolong ja.... tolong tengok, tolong kacau dan tolong makan....

Jom tengok gambar....




tengah potong tauhu dan daun kucai....


ok... masukkan bihun...


tak masuk daun sawi lagi ni...


bab kacau-kacau ni kita serah kepada Cik Man la....

Pot Luck Masuk Rumah Baru....

Walaupun hari ni Sabtu... kami kat KMP ni kerja menggantikan hari Khamis sebelum Raya Haji nanti... Dok berbincang-bincang dengan Kak Kin dan Kak Am untuk adakan pot luck sempena kami masuk rumah baru ni... Kami pakat-pakat bawak makanan untuk pot luck hari ni.... 

Ta...raaaaaaaa
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
Menu hari ni

Menu pot luck hari ni....
Nasi lemuni.... air tangan my bonda...
Sambal ikan bilis.... 
Telur rebus n ikan bilis goreng.... import from Langgar...
Kek coklat moist sesangat... import from Taman Mahsuri...
Rezeki di hari Sabtu yang indah ini....
 Alhamdulillah..... berjaya jugak pot luck kami yang pertama kali dan julung-julung kalinya kat KMP ni...... Jom semua... jemput makan...




Tuesday, 16 October 2012

Alhamdulillah.... tak masuk wad...

Alhamdulillah.... Nasib baik tak kena masuk wad hari Isnin baru-baru ni... just tambah air ja.... Letih jugak sekerat hari dok menunggu kat Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah.....


Friday, 12 October 2012

Program Munajat Peperiksaan dan Majlis Bersama Pengarah Sem 1 12/13

Malam tadi telah diadakan Program Munajat Peperiksaan dan Majlis Bersama Pengarah Semester 1 Sesi 2012/2013. Alhamdulillah... aktiviti berjalan dengan lancar walaupun hujan turun renyai-renyai sejak petang lagi.

Kiranya, saya dan Kak Kin stay back kat kolej kelmarin.... Bukannya apa, kalau balik umah... memang tak mai dah program malam tadi....

Petang kelmarin, ada perjumpaan dengan AJK Pusat Islam untuk taklimat sebelum program... 
Taklimat ringkas.....



Lepas perjumpaan... baru la 'Jalan-jalan Cari Makan' kat Arau dengan Kak Kin.... Menunya;  Nasi Ayam Dengan Padphet dan Sos Lada Hitam..... Mmm...sedap jugak walaupun dimakan dengan nasi putih ja...



Dah siap makan... terus ke Masjid Al-Falah untuk preparation sebelum program..... 
membentang tikar kat khemah...


Hero-hero mengangkat air mineral ke masjid...

Srikandi P.I prepare untuk minuman pelajar

Majlis bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah diimamkan oleh Ustaz Raja Azhar. Seterusnya, Majlis Bacaan Yaasin dipimpin oleh Ustaz Ubaidillah. Seterusnya, diadakan Solat Isya' secara berjemaah dan diikuti dengan Solat Hajat. Acara kemuncak adalah ucapan daripada Pengarah KMP di mana beliau menitipkan amanat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki PSPM 1 pada 29 Oktober hingga 6 November yang akan datang...


penuh kat bahagian muslimat....


kat ruang tepi masjid...

kat khemah pun penuh juga....




Good Luck buat semua pelajar KMP...

Dan tak lupa juga buat ex-student kat KMK...


Teruskan usaha untuk kejayaan yang cemerlang dalam PSPM 1 nanti.... Semoga Allah mempermudahkan urusan pengajian kalian...


Wednesday, 10 October 2012

Keraskan Tangan...

Hari ni nak bicara tentang hasil kerja tangan saya ~ beg kecik untuk letakkan Nokia 300 saya yang dibeli bulan lepas... 
Saya buat dua ruang... Bahagian depan letak handset, ruang belakang letak earphone...

Walaupun beg ni kecik ja, tapi saya mengambil masa selama dua hari nak siapkan.... Dah lama tak mengeraskan tangan ni untuk kerja-kerja yang macam ni.... 

Pembahagi antara ruanghandset & earphone - saya gunakan benang berwarna putih...

Last saya buat lebih kurang 5 tahun lepas.... kopiah untuk Yusof semasa berusia 3 bulan.... Yang ni pun, lebihan benang yang saya gunakan untuk kaitkan kopiah Yusof... 


Kopiah ni dah  tak muat pun sekarang... Dah diwarisi Ishak Alrawa pulak.... 




Friday, 21 September 2012

Nokia ku Rosak....

Sayonara......
Handset yang saya gunakan selama hampir 5 tahun sudahpun rosak.... Sebenarnya, handset tu jatuh kat dalam bilik air masa Yusof bercuti 2 hari 2 malam kat bilik 5 bintang di Hospital Sultanah Bahiyah baru-baru ni..... Dah jatuh kat bilik air, saya pun basuh la sekali lalu handset tu.... Pas tu lupa nak bukak dan keringkan balik... Mula-mula, button up dan down ja yang tak berfungsi.... Ok lagi sebab masih boleh call in dan call out.... Sampai la saya takleh dengar suara pemanggil lagi dah.... Sedih sungguh hati ni sebab dah lama saya gunakan handset tu.... Sungguhpun keadaannya sudah terlalu dho'if, tapi amat besar sekali jasanya kepada saya....

Nampaknya, dengan berat hatinya terpaksalah saya tukarkan dengan Nokia yang lain pulak.... 
My new Nokia...
 
tak la banyak beza sangat.... besor sikit ja daripada yang lama....
Walaupun 'Patah tumbuh hilang berganti' namun tak sama yang baru dengan yang lama.... Semua contact list saya takleh copy.... Mintak maaf la pada kawan-kawan dan sedara-mara kalau lepas ni saya tak dapat nak hubungi.... Ok... do contact me....



Tuesday, 11 September 2012

Deco-deco "Kempen Kibarkan Jalur Gemilang" @KMP


Sempena Bulan Kemerdekaan ke 55, KMP menganjurkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.... UPIM juga turut terlibat dalam kempen ini.... Jadinya, kami semua dapat tugasan untuk sesi deco-deco di UPIM.... Saya ditugaskan untuk sediakan angka 55... Kak Kin kena sediakan blok huruf ' J A N J I  D I T E P A T I '.... Kak Am pulak kena beli kain yang berwarna merah, biru, kuning dan putih....


Part 1 ~ Sesi potong-potong dan kaler-kaler.... Saya dan Kak Kin buat angka 55 dan blok ' J A N J I  D I T E P A T I ' pada hari Jumaat.... selepas selesai UPS 1, sebelum cuti pertengahan semester.... Kebetulan pula Kak Am MC..... jadi, hanya kami berdua sahaja...























Part 2 ~ sesi potong kain untuk buat scallop.... ala-ala royal scallop gitu....

















Part 3 ~ sesi deco-deco.... aktiviti menghias UPIM.... Kat dalam unit dan juga kat luar unit.... Nasib baik ada Ustaz Ubaidillah untuk scene panjat memanjat tangga sebab nak gantungkan royal scallop tu....















p/s : kredit kepada blog Saujana Kasih untuk perkongsian pic....