Saturday, 23 June 2012

Anak saudara baru lagi

Hujung minggu baru-baru ni, saya dan famili balik kampung.....@Lahar Crocodile..... sempat la snap pic anak saudara yang paling latest in our family.... Anak sulung kepada adik suami saya.... Nama diberi oleh ayahanda dan bondanya Muhammad Akram Naufal.... Actually, dah sebulan usia anak saudara saya ni... Saya tengah demam campak time dia dilahirkan sebulan yang lalu.... Tu yang baru berkesempatan untuk postkan entri ni.... 

Muhammad Akram Naufal


Pak Ndak & Yusof pun nak enterframe jugak....


Mmm.... anak sedara yang sorang lagi pulak dah meniarap.... Baru ja meniarap kejap, dah nak teriak.... jenuh sungguh la Alrawa jr. ni....

Ishak Alrawa



Ishak with Tok & Cik Ya...



Tuesday, 12 June 2012

Bicara Hati... + My Student....sem 2 1112

Rasanya sudah lebih sebulan saya tak berbicara di blog ni.... Sejak-sejak demam campak time cuti semester hari tu... Bila dah start keja, ada jugak keinginan nak update blog ni.... Tapi, terbantut pula dengan perasaan dukacita yang teramat sangat kerana menjadi insan terpilih untuk ditukarkan ke Kolej Matrikulasi Perlis..... Hilang semua mood saya untuk menulis..... Hari ni baru la berkesempatan menitipkan bicara kat sini.... Persoalannya... Adakah saya dan sahabat2 yang lain bertukar ke Perlis???... Tunggu je la keputusannya nanti... Hopefully ada berita baik dari Pengarah.....

Okey.... Cukuplah satu paragraph ja bicara sedih saya.... Dah masuk minggu ketiga sesi baru bermula ~ sesi 2012/2013.... Teringat pula pada pelajar-pelajar sesi yang lalu.... Actually, saya nak pahatkan wajah-wajah student saya dalam entri kali ni.... Saya snap pic ni dah lama dah.... Cuma tak sempat nak upload..... maklum la tengah dalam zon kesedihan.... Mana-mana kelas yang tak sempat nak snap pic tu, maaf la no....

Inilah wajah-wajah student saya semester 2 sesi 2011/2012.....
K1S3T7B
K2S3T3A
free style.... comel betul diorang ni...
K3S3T5B : Anak angkat.... kelas Ust Imran...
A2T1A ~ student lelaki dua2 tak mai kelas akhir... ponteng...
A1T1B
K1S3T4A
K1S3T4B
K4S3T2B ~ maaf... tak sempat amik gambar... 3 orang je yang ada dalam arkib... Syatir, Ilyas & Haidar...

Semoga segala ilmu yang telah disampaikan kepada mereka dapat dimanfaatkan selepas ini.... Semoga Allah permudahkan semua urusan mereka...... 

Moga Allah berkati kehidupan kalian.... & Moga kalian semua cemerlang di dunia dan cemerlang juga di akhirat kelak.... Amin....

Sunday, 6 May 2012

Nak Campak ke Mana???

Alhamdulillah... Yusof baru sahaja dapat menghadirkan diri ke sekolahnya hari ini... Yusof sebenarnya demam campak... sudah dua minggu tak ke sekolah.... Jadinya, hari ini wajahnya agak masam dan kelat untuk bersiap-siap ke sekolah.... Mungkin sebab dah lama bercuti..... 


2 minggu yang lalu....

baru lepas mandi...

penuh satu badan Yusof....


Tapi, nampaknya campak Yusof tu dah datang kepada saya pula.... Sakit... dan lenguh segala sendi dan urat.... Mujur cuti semester masih berbaki dua minggu.... Nampaknya perancangan Allah sangat hebat... Subhanallah...

Monday, 16 April 2012

Ziarah Langkawi



Actually, saya pegi Langkawi ni minggu lepas lagi... tapi tak sempat nak masukkan entri ni.... Bukannya apa, seminggu dua ni kesibukan melanda memandangkan banyak program yang nak diuruskan... 

Abis ja program bersama Wanita IKRAM pada hari Jumaat (entrinya klik kat sini)... saya, suami dan Yusof pegi ke Langkawi bersama-sama mertua untuk menziarahi sepupu mak mertua saya yang dimasukkan ke wad di Hospital Langkawi.... bukan untuk jalan-jalan yer... pegi balik hari.....

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 8.00 pagi... sampai kat jeti Kuala Kedah dapat tiket 9.30 pagi.... so, agak lama jugak menunggu bot.... lebih kurang sejam, baru kami bertolak ke Langkawi....
Bekal roti berintikan milo... Habis dimakan Yusof kat Terminal Kuala Kedah.... 
Sebelum bertolak ~ posing kat dalam bot.....
Yusof dan Toknya....
Sampai kat Langkawi lebih kurang pukul 11.00 pagi.... Dari Jetty Point, kami terus bertolak ke Hospital Langkawi untuk menziarah Abang Pak Cik Awang.... Saya sendiri pun tak pernah bertemu dengan Pak Ngah sejak kahwin.... ni la first time berjumpa.... Pak Ngah sebelum ni masuk ICU sebab asthma.... tapi semasa kami menziarah, Pak Ngah dah agak stabil.... Sebelum ni hanya makan melalui tiub....


 kat Hospital Langkawi.....


Yusof try kerusi urut@Hospital Langkawi


Selepas menziarah Pak Ngah, kami ke Padang Matsirat sebelum bertolak ke Kedawang untuk menziarah ibu saudara suami.....
Yusof n Tok Wan@Padang Matsirat
Kami bergerak ke Kuah lebih kurang jam 4.30 petang..... Sampai di Jetty Point, sempat jugak saya shopping....hehehe ~ just beli pemanggang jenama HIG... sebab brand Vantage mahal sikit.... lebih kurang RM 90/-... saya beli yang murah je... lebih kurang RM 70/-
ni la pemanggangnya....
Menunggu bot bergerak ke Kuala Kedah ~ dan lagi menelepon tu....

Tiket ke Kuala Kedah jam 6.30 petang.... Alhamdulillah.... kami selamat sampai kat Kuala Kedah lebih kurang pukul 8.00 malam... Walaupun perjalanan hari ini agak meletihkan~memandangkan keesokannya saya kerja, namun hajat untuk ziarah Pak Ngah dan Mak Ndak terlaksana juga....




Thursday, 12 April 2012

Majlis Sekalung Budi


Majlis Sekalung Budi 2011/2012 merupakan program di bawah anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah, Kolej Matrikulasi Kedah. Majlis ini diadakan pada 9 April 2012 bertempat di Dewan Banquet Kolej Matrikulasi Kedah.

Antara justifikasi utama program ini diadakan adalah untuk; menghargai semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh pimpinan pelajar sepanjang tempoh pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah. Pelajar-pelajar ini merupakan nadi serta penggerak dalam melaksanakan program-program kerohanian dan spiritual di Kolej Matrikulasi Kedah sepanjang sesi 2011/2012. Di samping itu, program ini diadakan bertujuan untuk  mengeratkan silaturrahim antara Pensyarah-pensyarah Penasihat dan pimpinan pelajar Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah Kolej Matrikulasi Kedah. Oleh itu, majlis ini dirancang khusus sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh mereka.

 
Kehadiran Pengarah KMK
a

Majlis ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 3.45 petang. Majlis berjalan dengan lancar dimulai dengan bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Nafis bin Abdul Rasid. Seterusnya, ucapan daripada wakil pimpinan pelajar Mohamad Nasrullah bin Mahamad Tahir dan ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah iaitu Encik Mohd Othman bin Yussof. Majlis diteruskan lagi dengan perasmian program oleh Tuan pengarah Kolej Matrikulasi Kedah YM Raja Abd Rahman bin Raja Amran.

 



Barisan pensyarah penasihat JPMD







Seterusnya, majlis diserikan dengan tayangan video berkaitan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang sesi pengajian 2011/2012. Kemuncak program ini adalah penyampaian cenderahati kepada pimpinan-pimpinan pelajar Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah Kolej Matrikulasi Kedah di atas semangat dan komitmen mereka dalam melaksanakan program-program sepanjang sesi ini.

Majlis berakhir dengan jamuan minum petang dan sesi bergambar.

Saturday, 7 April 2012

Program Pembangunan Insan

Alhamdulillah.... program yang telah dirancangkan sejak beberapa bulan yang lalu telah berjaya dilaksanakan kelmarin.... Program Pembangunan Insan adalah program yang dianjurkan oleh JKKK Kg Hujung Telok Kechai dan Jawatankuasa Surau Kg Hujung Telok Kechai dengan kerjasama daripada Wanita Jemaah IKRAM Malaysia Cawangan Kubang Pasu /Alor Setar.

Program bermula lebih kurang pada pukul 3.00 petang. Namun, gerak  kerja telah dimulakan sejak pagi lagi... 

pemasangan banner program


gotong-royong menyediakan menu minum petang
Dah sihat... siap potong daging lagi Pak Teh kita ni...

menggoreng nugget di bawah pokok mempelam
pemasangan khemah oleh bapak-bapak...


Program ini melibatkan tiga sasaran peserta; aulad, remaja dan ibu-ibu. Selain itu, pemeriksaan kesihatan turut dijalankan di dewan Kg Hujung Telok Kechai.


pemeriksaan kesihatan....
Slot untuk aulad diadakan di atas surau...












Slot untuk remaja diadakan di perkarangan surau. Slot ini dikendalikan oleh Cikgu Faridah dari SBPI.






Slot ceramah untuk wanita pula dimulakan dengan bacaan doa oleh Pak Long Man. Seterusnya, ucapan aluan daripada Pengerusi JKKK, Pak Teh Mat. Majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Roshidah, pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah. Seterusnya, penyampaian sumbangan keperluan makanan kepada warga KHTK yang terpilih. Majlis diakhiri dengan solat asar dan jamuan minum petang.





















 
sumbangan kepada warga KHTK oleh IKRAM
penyampaian cenderahati kepada Wanita IKRAM

Sesi bergambar selepas program.....