Thursday 16 February 2012

Orang Baru...


Alhamdulillah...malam tadi saya dan keluarga menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami.....Tahniah kepada adik saya ~ Mohd Asri Al-Rawa kerana dikurniakan seorang cahayamata malam tadi....


Petang kelmarin...mak saya menelefon saya untuk memaklumkan bahawa adik ipar saya dah dimasukkan ke wad di HUKM... Ibu saya dah bertolak ke Kuala Lumpur sejak petang semalam dengan menaiki bas... Alhamdulillah malam tadi selamat sampai di sana dan dijemput oleh Faizah ~ anak Pak Long Man....

Lebih kurang pukul 11.30 malam tadi adik saya menelefon menyampaikan khabar gembira....isterinya sudah selamat menjalani pembedahan melahirkan putera sulungnya....

Gambar hiasan semata-mata...pic Yusof dengan Pak Ngahnya time baby dulu......


Pesanan buat adikku...Ingatlah sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud,"Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibubapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi." 

Oleh itu....corakkanlah anak kita mengikut apa yang telah Allah fitrahkan kepada kita Bani Adam... bukan mengikut jalan-jalan yang dimurkai Allah dan bukan mengikut jalan orang-orang yang sesat.........


No comments:

Post a Comment