Thursday, 22 August 2013

Pic Aidilfitri 1434H...

Pic Aidilfitri 1434H... Walaupun pencahayaan sangat la teruknya, tapi ni saja la yang sempat snap time raya ari tu)... Tiada sebarang kata-kata, hanya gambar yang menceritakan...hehe (sebenarnya tak rajin nak menaip ni)









Thursday, 8 August 2013

Eidulfitri 1434H...


~ْتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَ مِنْكُم~
Salam Lebaran buat semua muslimin dan muslimat...
Maaf Zahir dan Batin...

Wednesday, 7 August 2013

Selamat tinggal Ramadhan 1434H

Ramadhan 1434 H sudah hampir melabuhkan tirainya... Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini... 

Selamat tinggal Ramadhan 1434 H... Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang... Amin...

Ifthar 1434H @KMP

Ifthar 1434 H di Masjid Al-Falah, KMP...


AJK Pusat Islam sibuk menghidangkan menu berbuka puasa kepada semua yang hadir...

Donat KMP... special dari Ustaz Romli....

Menu ifthar kali ni ada sup gearbox...
Dah masuk waktu berbuka... jemput makan semua...




Tuesday, 30 July 2013

Bubur Lambuk Ramadhan 1434H@KMP

Aktiviti menyediakan bubur lambuk sempena Program Ihya' Ramadhan pada 24 Julai 2013 yang lalu.... Aktiviti ini diadakan di Masjid Al-Falah...

 Sebenarnya, penyediaan bubur lambuk ni di'sponsor' oleh Kak Aina dari Unit Pengurusan Perniagaan... Aktiviti dimulakan pada pukul 11.00 pagi sebab time ni semua takda kelas... Time ni cuma ada aktiviti mentor menti... Tapi pensyarah UPIM semua free sebab minggu lepas dah ada mentor menti... Kak Kin dengan Kak Am ja yang ada mesyuarat JK Kebudayaan dan Kesenian...
Tokey bubur lambuk hari ni....

Saya ni posing ja lebih ni...

2 periuk disediakan khusus untuk warga KMP

Alhamdulillah... bubur lambuk siap disediakan lebih kurang 3.00 petang... Saya tak dapat tunggu hingga selesai sebab ada kelas pada jam 2.00 hingga 4.00... So, ni saja la pic yang sempat snap...

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan 1434H...

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi nikmat untuk bertemu Ramadhan 1434 H... Moga-moga madrasah Ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa dan ruh kita untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya... Ameen...

Friday, 7 June 2013

Suatu petang di hari Khamis...

Cuti sekolah dua minggu dah nak habis pun... Memandangkan suami saya kerja petang kelmarin, jadi, saya membawa Yusof ke Taman Bersatu untuk potong rambut kelmarin... Ishak Alrawa pun ngikut sekali... 

Yusof memang dah biasa potong rambut kat kedai tu... cuma Ishak ja yang tak pernah lagi potong rambut kat kedai... Lepas ja Yusof siap potong rambut, turn Ishak pulak la... senyap ja dia dok kat atas kerusi tu...




Ok, lain kali boleh bawak lagi pi kedai Mano untuk potong rambut ye Ishak...

Dua-dua dah hensem...:)

Friday, 31 May 2013

Selamat Pengantin Baru....

Hari Sabtu lepas, 25.5.2013 saya dan suami menghadiri majlis perkahwinan ex-student KMK... anak murid saya Nurul Ashiqin kat Kg Kota Kubang Teduh... 

Selamat Pengantin Baru buat Shiqin dan suami... Moga Berbahagia hingga ke akhir hayat....


Wednesday, 29 May 2013

Bertemu dan Berpisah....

Sudah lama tidak menjengah ke sini... tidak sempat nak menitipkan bicara dan luahan rasa hati...

Tapi hari ni nak titipkan kenangan bertemu dengan sahabat sekerja semasa kat SMK Kampong Kastam dulu... seronok sungguh dapat jumpa dengan Kak Radziah pada hari Isnin baru-baru ni... masih lagi jelita seperti dulu....

Sebenarnya Kak Radziah datang ke KMP untuk pendaftaran anaknya~Muhammad Aidil... Saya jumpa dengan Kak Radziah selepas Taklimat Waris...

Alhamdulillah dapat jumpa Kak Radziah selepas tujuh tahun tak jumpa... gembira tak terkata... sebabnya Kak Radziah ni antara sahabat yang rapat dengan saya kat Kg Kastam dulu... kami duduk bersebelahan kat bilik guru... dan saya banyak berkongsi cerita dengan Kak Radziah ni... hehe... 

Ada umur...ada jodoh... Insyaallah kita bertemu lagi... Bertemu dan berpisah kerana Allah....

:::Semoga bertemu lagi:::

Thursday, 24 January 2013

Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul...

Semarakkan mahabbah kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w...

Friday, 18 January 2013

Selamat Menimang Cahayamata...

Selamat menimang cahayamata yang kedua buat adik saya Mohd 'Asri 'Al-Rawa...

Alhamdulillah....
pada tanggal 15 Januari 2013, adik ipar saya selamat melahirkan seorang cahayamata melalui pembedahan.... Kali ni adik saya dikurniakan dengan seorang puteri... Nama diberi Hana Khadijah...

Kiranya bonda saya dah ada tiga orang cucu la.... Dan, kali ni dapat cucu perempuan sulung la...

Tuesday, 15 January 2013

Bubur Asyura 1434H & Program Kembara Prihatin

Aktiviti 2 in 1 kat kampung saya... Program Kembara Prihatin dan Gotong-royong Menyediakan Bubur Asyura...
menu breakfast...pulut+nyior +ikan kering... ada jugak sandwich goreng & keropok



Sumbangan dari penganjur Program Kembara Prihatin kepada warga KHTK








sesi minum air nyior...






Awat dok kat celah pokok ni??


Mr Aswari... lecturer Kimia kat KMK... tapi kali ni jadi marshall...



Kacau... jangan tak kacau...:)


Untuk semua warga KHTK

Menu tengahari


Friday, 4 January 2013

Yusof Dah Darjah Satu...

Gambar-gambar ni diambil pada 29 Disember 2012 (Sabtu).... Ada sesi suaikenal pelajar dan juga sesi taklimat kepada waris kat sekolah Yusof....



Ishak Alrawa dok perati ja Yusof bersiap...

ready to go...
kat tapak perhimpunan...




Sesi taklimat untuk pelajar 

Guru Besar sedang bagi taklimat kepada waris...

Sesi taklimat... saya dan suami dok kat belakang sekali....

Walid dan Ummi Yusof kat kantin... lepas selesai taklimat...


Tahun 2013... Alhamdulillah... Yusof dah mulakan sesi persekolahannya... Mmm...dah masuk darjah satu... Besar dah anak ummi ni... Belajaq rajin-rajin no...

Alhamdulillah... Yusof belajar di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA) kat Lebuhraya Sultan Abdul Halim... Sesi pengajian kat SRIDA ni mula jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang... Nampaknya, jadual Yusof dah berubah la sejak sekolah ni... Masa kat PASTI sebelum ni, pukul 7.00 baru mandi dan bersiap-siap... tapi, sejak masuk darjah satu ni awal-awal pagi lagi Yusof dah kena bersiap-siap ke sekolah sebab saya yang menghantar Yusof ke sekolah... Lebih kurang 6.30 pagi dah nak keluar dari rumah... Tapi, kalau nak keluar dengan walid, lagi la awal sebab pukul 6.00 pagi lagi suami saya dah keluar pi keja... Takpa la Yusof no... nak belajaq ni kena susah sikit... Bak pantun Melayu,"Berakit-rakit ke ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian."

Dan ingatlah Yusof tentang firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 5 & 6 :


فإن مع العسر يسرا (5)  إن مع العسر يسرا (6)

Maksudnya : "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) : Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Moga Allah permudahkan anak Ummi dalam menuntut ilmuNya... Amin...

اَللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَ عَلّمْهُ التَّأْوِيْلَ