Sudah lama tidak menjengah ke sini... tidak sempat nak menitipkan bicara dan luahan rasa hati...
Tapi hari ni nak titipkan kenangan bertemu dengan sahabat sekerja semasa kat SMK Kampong Kastam dulu... seronok sungguh dapat jumpa dengan Kak Radziah pada hari Isnin baru-baru ni... masih lagi jelita seperti dulu....
Sebenarnya Kak Radziah datang ke KMP untuk pendaftaran anaknya~Muhammad Aidil... Saya jumpa dengan Kak Radziah selepas Taklimat Waris...
Alhamdulillah dapat jumpa Kak Radziah selepas tujuh tahun tak jumpa... gembira tak terkata... sebabnya Kak Radziah ni antara sahabat yang rapat dengan saya kat Kg Kastam dulu... kami duduk bersebelahan kat bilik guru... dan saya banyak berkongsi cerita dengan Kak Radziah ni... hehe...
Ada umur...ada jodoh... Insyaallah kita bertemu lagi... Bertemu dan berpisah kerana Allah....
:::Semoga bertemu lagi::: |
No comments:
Post a Comment