Thursday, 24 January 2013

Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul...

Semarakkan mahabbah kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w...

Friday, 18 January 2013

Selamat Menimang Cahayamata...

Selamat menimang cahayamata yang kedua buat adik saya Mohd 'Asri 'Al-Rawa...

Alhamdulillah....
pada tanggal 15 Januari 2013, adik ipar saya selamat melahirkan seorang cahayamata melalui pembedahan.... Kali ni adik saya dikurniakan dengan seorang puteri... Nama diberi Hana Khadijah...

Kiranya bonda saya dah ada tiga orang cucu la.... Dan, kali ni dapat cucu perempuan sulung la...

Tuesday, 15 January 2013

Bubur Asyura 1434H & Program Kembara Prihatin

Aktiviti 2 in 1 kat kampung saya... Program Kembara Prihatin dan Gotong-royong Menyediakan Bubur Asyura...
menu breakfast...pulut+nyior +ikan kering... ada jugak sandwich goreng & keropok



Sumbangan dari penganjur Program Kembara Prihatin kepada warga KHTK








sesi minum air nyior...






Awat dok kat celah pokok ni??


Mr Aswari... lecturer Kimia kat KMK... tapi kali ni jadi marshall...



Kacau... jangan tak kacau...:)


Untuk semua warga KHTK

Menu tengahari


Friday, 4 January 2013

Yusof Dah Darjah Satu...

Gambar-gambar ni diambil pada 29 Disember 2012 (Sabtu).... Ada sesi suaikenal pelajar dan juga sesi taklimat kepada waris kat sekolah Yusof....



Ishak Alrawa dok perati ja Yusof bersiap...

ready to go...
kat tapak perhimpunan...




Sesi taklimat untuk pelajar 

Guru Besar sedang bagi taklimat kepada waris...

Sesi taklimat... saya dan suami dok kat belakang sekali....

Walid dan Ummi Yusof kat kantin... lepas selesai taklimat...


Tahun 2013... Alhamdulillah... Yusof dah mulakan sesi persekolahannya... Mmm...dah masuk darjah satu... Besar dah anak ummi ni... Belajaq rajin-rajin no...

Alhamdulillah... Yusof belajar di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA) kat Lebuhraya Sultan Abdul Halim... Sesi pengajian kat SRIDA ni mula jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang... Nampaknya, jadual Yusof dah berubah la sejak sekolah ni... Masa kat PASTI sebelum ni, pukul 7.00 baru mandi dan bersiap-siap... tapi, sejak masuk darjah satu ni awal-awal pagi lagi Yusof dah kena bersiap-siap ke sekolah sebab saya yang menghantar Yusof ke sekolah... Lebih kurang 6.30 pagi dah nak keluar dari rumah... Tapi, kalau nak keluar dengan walid, lagi la awal sebab pukul 6.00 pagi lagi suami saya dah keluar pi keja... Takpa la Yusof no... nak belajaq ni kena susah sikit... Bak pantun Melayu,"Berakit-rakit ke ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian."

Dan ingatlah Yusof tentang firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 5 & 6 :


فإن مع العسر يسرا (5)  إن مع العسر يسرا (6)

Maksudnya : "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) : Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Moga Allah permudahkan anak Ummi dalam menuntut ilmuNya... Amin...

اَللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَ عَلّمْهُ التَّأْوِيْلَ    


Thursday, 27 December 2012

Selamat Ulang Tahun ke 6...

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Yusof....

Tanggal 24 Disember 2012 genaplah usia Yusof enam tahun... Just adakan sedikit jamuan tanda kesyukuran pada 25 Disember.... 24 haribulan keja, jadi tak sempat nak prepare apa-apa pun untuk jamuan tu... dah bagitau Yusof untuk buat jamuan tu pada 25 haribulan, dan Yusof pun redha ja dengan kesibukan umminya... walid Yusof pulak keja petang pada 25 haribulan... 

Sebenarnya bagitau Yusof nak buat jamuan tu pada 25 haribulan supaya sempat la nak buat kek untuk dia... Tapi, kita hanya merancang... Allah lebih hebat lagi perancangannya... Kebetulan pada 25 haribulan, Kak Cik Nisah ~sepupu suami~ telah pergi tak kembali... Jadi, pagi tu memang kalut sikit... Selepas selesai jenazah dibawa ke masjid, barulah saya dan suami sempat ke market untuk membeli bahan-bahan masakan... Akhirnya, kek pun saya beli kat Tesco ja... 


ni la rupa kek yang saya beli...

Tapi, nasib baik la sepupu saya ~Tiqah~ buat kek coklat untuk Yusof... kalau nak harapkan kek yang dibeli tu macam tak berapa nak cukup... kecik ja kek tu.... deco ja yang lebihnya... tapi Yusof suka sebab ada belon kat atas kek...
kek coklat air tangan Mak Njang Tiqah...
Menu untuk jamuan mengikut perancangannya; bihun goreng dan bubur chacha... tapi, alhamdulillah... banyak juga menu tambahannya... ada cekodok pisang, bengkang kacang, kuih gunting, jagung manis dan yang lain tu saya beli ja....

Menu yang paling top dah tentu la jagung manis... sampai takdan nak snap pic~sat ja dah abih...





Bihun goreng ni macam biasa la... masak ramai-ramai (bukan saya la yang masak).... semua mai tolong~ Ngah Dah, Ngah Yah, Mak Lang, Mak Teh, Tiqah, Amer pun ada sekali.... takdan nak snap pic ja...

Cekodok air tangan Ngah Dah... Kuih gunting pulak air tangan Ngah Yah... Bubur Chacha+Jagung air tangan bonda saya... bengkang kacang hijau pulak air tangan Long An....


Sebelum mula sesi jamuan... tahlil ringkas dan doa dibacakan oleh Pak Long Man...  






Ok... sesi potong kek...









Saiful Rizan with Shifak....


Ishak Alrawa posing kat atas meja...





Shifak....



Maisarah with Ndak Toh...




Ishak dok tayang gigi yang baru tumbuh...
Cikgu Rose & Cikgu Farah...