Thursday, 3 November 2011

PSPM...oh PSPM....

Kali ni saya merupakan di antara insan bertuah kerana terpilih sebagai pengawas peperiksaan bagi PSPM 1 sesi 2011/2012......cuma yang tak berapa menariknya, perlu bertugas untuk dua hari Jumaat.....nampaknya schedule saya di hujung minggu akan terganggu sikit la.....


Tanggal 21 Oktober 2011 ~ Jumaat

Jam 0715, seperti biasa saya keluar dari rumah menuju ke Changlun......Tapi....pagi ini saya memandu sendirian memandangkan sahabat sejawat saya bercuti ~ saya pun patut cuti...tapi kena keje.... Akhirnya sampai ke KMK dan mengetik masuk kad kuning....takpe la keje hari ni....minggu depan dapat cuti ganti satu hari....

Jam 0830, bergerak ke tingkat 2 Bangunan Langkasuka....Taklimat dimulakan agak lewat...so exam pun mula lewat 8 minit....Exam pagi ni dijadulakan selama 2 jam. Setelah  berakhirnya masa yang diperuntukkan kepada student...sempatlah jugak saya menjelajah pekan Changlun....shopping kat C-Mart...beli nasi kerabu....dan sempat lagi survey broadband plan kat Celcom, Maxis dan Digi......hampir jam 1.30 baru balik ke pejabat untuk makan tengahari...Mmmm....sidang kedua akan bermula pada pukul 3.00, jadi sempat la rehat sekejap kat kubikal....

Jam 1430, bergerak ke BL untuk sidang petang...Sidang kedua ni satu jam setengah je....so, pukul 4.30 selesailah tugas pada hari ni.....



Tanggal 28 Oktober 2011 ~ Jumaat lagi...

Walaupun saya dalam keadaan 'terpaksa rela'....tapi , demi tugas saya gagahkan juga kaki ini untuk menekan pedal minyak bergerak ke Changlunpada hari ini... Memandangkan saya tak perlu punch in pada hari ni.... jadi saya bergerak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi..... Perjalanan saya ke ofis pada hari ni sangat menenangkan....

Masa terasa berlalu dengan pantas kerana hari ni cuma satu sidang je...paper Matematik kertas 1.... Pukul 11.30 ~ ba alif lam ya qof.........


Tanggal 31 Oktober 2011 ~ Isnin

Seperti biasa saya ke BL pada jam 0830 kerana  jadual pagi ini Matematik kertas 2 bagi sidang pagi dan Sains Komputer bagi sidang petang. Mmmm....semua calon menjawab dengan penuh fokus dan bersemangat.....

Cuma bagi sidang petang agak ramai pelajar yang keluar awal sebelum tamat masa yang diberikan. Saya tertanya-tanya sama ada mereka dah siap menjawab ataupun ?????.....

 Semoga Allah mempermudahkan mereka dalam menjawab soalan yang diberikan.....



Tanggal 1 November 2011 ~ Selasa

Dah empat hari saya dan rakan-rakan bertugas untuk PSPM 1...Jadual hari ini Fizik 2 untuk sidang pagi dan Fizik 1 untuk sidang petang...

Mmm....esok tak perlu bertugas untuk paper Biologi....Pusat D ni calon-calonnya dari Modul 2....so, dapat la siapkan kerja-kerja yang tertangguh kat kubikal.....


Tanggal 3 November 2011 ~ Khamis

Pejam... celik...pejam..... celik....dah sampai hari terakhir PSPM 1.....hari ni paper Kimia.....sekejap je dah nak abis pun PSPM 1...

Alhamdulillah....dengan berakhirnya PSPM 1 petang ni, selesailah jua tugas yang diamanahkan kepada saya.....

Semoga semua calon KMK berjaya dengan cemerlang.....Good Luck......

No comments:

Post a Comment