Pejam celik...pejam celik....kejap ja rasanya.....24 Disember 2011 genaplah umur Yusof 5 tahun.....
Walaupun Yusof nak buat parti sempena kelahirannya ~siap nak pasang lampu warna-warni dan belon (terpengaruh dengan kartun la ni)....tapi kami sekeluarga just adakan sedikit jamuan kesyukuran pada hari ulangtahun kelahirannya tersebut.....

kek buatan sendiri ja...hasil air tangan Cu Own...:)

Buffet je....kek marble, kek oren, kerepek sukun,wafer (beli kat Kawang Ayer Hitam), & bihun goreng (tiada dalam gambar)...
Walid pulak dok makan nasi dengan Tok Cik Man....
Terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir ke jamuan kesyukuran sempena kelahiran Yusof yang ke 5... Jemput makan semua...Layan diri no...
Memandangkan Ummi dan Walid Yusof takde kat rumah sepanjang persiapan jamuan ini.....kami sangat-sangat la berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga yang telah bertungkus-lumus seharian menyediakan hidangan untuk jamuan ini....
Mmm.....rupa-rupanya anak teruna ummi ni dah besar....Di sini ingin sekali ummi titipkan pesanan buat permata hati ummi ini sebagaimana pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya, “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
Ummi doakan semoga permata hati ummi ini akan menjadi anak yang soleh.....menjadi ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.....Barokallahu fikum.....Allahumma faqqih hu fiddeen....wa 'allim hu atta'wil.....Amin ya Robbal 'Alamin.....