Friday 27 December 2013

Tq atas jemputan...

25 Disember 2013 (Rabu)

~Menghadiri Walimatul Urus Syafiq Fitri & Siti Nurliyana di Dewan LPPKN, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Terima kasih Kak Norlida atas jemputan. Berkesempatan untuk bertemu dan bergambar dengan rakan-rakan dan anak-anak didik dari SMK Kampong Kastam.

Sempat juga berbual dengan Kak Radziah, Kak Fishah, Kak Lydia, Cikgu Shukor dan Mr Lim.

Haja baru sampai...

TQ kak Norlida...:)

Kak Sahariah n Hajar...

Memandangkan saya bersama-sama dengan bonda saya dan Ngah, sekejap sahaja di majlis tersebut kerana nak menziarah Mak Ndak kat Permatang Manggis. Balik dari Permatang Manggis, singgah sekejap kat rumah Pak Njang kat Sungai Lalang.

Tuesday 24 December 2013

Selamat Hari Lahir Yusof...

Hari ni adalah ulangtahun kelahiran Yusof yang ketujuh... Tak sempat nak buat majlis untuk anak terunaku ini... Kebetulan hari ni mesyuarat selesai agak lewat, so saya sampai kat rumah pun dah hampir pukul 7 petang...

Selamat Hari Lahir buat Yusof....
Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmat, barokah dan kesejahteraan buat Yusof... Amin Ya Robbal Alamin....

Mabruk alaik....

Sunday 15 December 2013

Selamat Pengantin Baru Solahudin dan Fatin Nasibah.....

14 Disember 2013 (Sabtu)
~Menghadiri majlis perkahwinan di sebelah pengantin perempuan di IPD Yan...



Selamat Pengantin Baru Solahudin dan pasangannya Fatin Nasibah

بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في خير

Semoga Allah memberkati kamu berdua (dalam keadaan baik dan sebaliknya). Serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.

Moga sentiasa dirahmati Allah... dan didoakan agar bahagia hingga ke syurga... Amin....

Saturday 7 December 2013

Seminar Pengukuhan Akidah dan Pemantapan Syariah Negeri Perlis 2013

6 Disember 2013 (Jumaat)
~Saya bersama dengan Kak Kin, Kak Am dan Kak Aufa menghadiri Seminar Pengukuhan Aqidah dan Pemantapan Syariah di Dewan Bakawali, bertempat di MES Pegawai Kanan PDRM, Kangar. Seminar ini merupakan salah satu program dalam Karnival 3M Usahawan Negeri Perlis 2013 yang berlangsung pada 4 hingga 8 Disember 2013.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Tiga slot perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam seminar yang saya ikuti ini :

Wacana 1 : Ancaman Kristianisasi
~YBhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad bin Johan
~Presiden NADI (National Aerospace & Defence Industries

Wacana 2 : Ajaran Sesat : Perkembangan dan Ancaman
~YBhg. Prof Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
~Pensyarah Bahagian Pengajian Islam USM

Wacana 3 : Islam dan Ancaman Kristianisasi
~Tuan Haji Shah Kirit Kakulal Govindji
~Islamic Information dan Services



Gimik perasmian penutupan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis...

Tuesday 3 December 2013

Kursus Pengurusan Jenazah@KMP sesi 2013/2014

Pada hari Ahad (1 Disember 2013) diadakan Kursus Pengurusan Jenazah untuk pelajar-pelajar KMP. Penceramah dijemput dari Kem Briged Sempadan iaitu Ustaz Muhammad Hanif dan Ustazah Nawadir. Program bermula pada jam 8.30 pagi di mana sesi taklimat diadakan sebelum slot teori yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanif. Lebih kurang jam 11.00 pagi, peserta-peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk slot praktikal di Masjid Al-Falah. Pelajar-pelajar diberi peluang menguruskan model jenazah dengan memandikan, mengkafankan dan solat jenazah.







Sunday 1 December 2013

Asyura KMP

Pada 29 November 2013 (Jumaat), diadakan gotong-royong penyediaan bubur asyura di KMP. Diketuai oleh Encik Embi dan Ustaz Raja. Pelajar-pelajar dari Pusat Islam turut membantu penyediaan bubur asyura kali ini. Sebanyak 6 kawah bubur disediakan untuk diagihkan kepada pelar-pelajar, pensyarah dan staf serta jemaah Masjid Al-Falah yang datang menunaikan solat Jumaat.