Saturday 30 November 2013

Kursus Transformasi Pendidikan @Kem Bina Negara Langkawi

Walaupun baru memulakan tugas pada minggu pertama semester 2 sesi 2013/2014, saya dan rakan-rakan dikehendaki menghadiri Kursus Transformasi Pendidikan yang diadakan di Kem Bina Negara, Langkawi pada 26 hingga 28 November 2013. 

Kursus ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kursus ini dihadiri seramai 72 orang peserta. Antara pengisian kursus ini adalah; slot ceramah yang bertajuk "Halatuju Negara Maju" dan beberapa slot Penjanaan Keilmuan Peningkatan Kesedaran (PKPK). Banyak info yang diperolehi sepanjang kursus ini. Selain itu, aktiviti yang dijalankan dalam slot  PKPK banyak memupuk semangat kerjasama/teamwork dalam gerak kerja kumpulan.


Slot ceramah

PKPK 1

PKPK 4

Ucapan perasmian penutupan



Wednesday 20 November 2013

Al-Fatihah buat Fahimi...




Takziah buat Pak Ndak sekeluarga atas kehilangan Mohammad Fahimi bin Thoha yang telah kembali kepada Yang Maha Menciptakan pada 17 November 2013 bersamaan . Arwah yang berusia 18 tahun mengalami kemalangan jalan raya lebih kurang jam 4.00 petang dan menghembuskan nafas terakhir selepas maghrib di Hospital Kepala Batas Seberang Perai Utara. Semoga ruhnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan hamba Allah yang bertaqwa.... Amin....

Al-FAtihah

Monday 18 November 2013

Pesta Sukan Tradisional dan Hari Keluarga KHTK....








Alhamdulillah.... selesai lagi satu program kat kampung kami... Pesta Sukan Tradisional dan Hari Keluarga yang telah diadakan pada 16 November 2013.... Aktiviti yang diadakan adalah gotong-royong menyediakan bubur asyura, sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah serta explorace.... 

Saya tak berapa nak dan ambik gambaq untuk program kali ni sebab dok layan Yusof yang berbaring kat dalam umah...





Ni ja la yang sempat snap....

Parut nyior untuk bubur asyura

Pendaftaran...






 Tahniah kepada semua warga kerja kerana berjaya melaksanakan program yang dirancangkan....

Friday 15 November 2013

Selamat Berpantang Anak Ummi...:)


Yusof dah selamat berkhatan kelmarin... Last day sekolah Yusof dah cuti sebab berkhatan... Kebetulan  kat Sekolah Rendah Islam Darul Ulum buat program pada hari terakhir persekolahan.... Seramai 14 orang yang turut serta dalam program ni... Yusof pi dengan walid ja kelmarin... ummi tak ikut sekali... tunggu kat rumah ja...

Alhamdulillah.... Nampaknya anak ummi dah selesai melaksanakan sebahagian syariat Islam...

Selamat berpantang....

Ishak pun nak landing dengan Abang Yusof jugak...:)