Friday 27 September 2013

TRAINING THE TRAINER : ONE IN A MILLION

Dua hari mengikuti program :

Training The Trainer : One In A Million
'Agama Dianuti, Bangsa Disanjungi, Budaya Dihormati'
25 & 26 September 2013
Anjuran Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.




Ucapan aluan oleh Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin


Perasmian oleh Timb Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis


Lim Jooi Soon




sejarah agama Kristian~oleh Ustaz Mohd Amin Yaacob


Berempat ja... ~sahabat yang lain tak masuk lagi...


Firdaus Wong Wai Hun


LDK~satu group dengan kakitangan dari Jabatan Perbendaharaan


kumpulan kami terpilih untuk present...~ketaq betoi la dok kat depan tu~ kawan2.... tolong!!!
Soalan A3 :
Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad wafat. Jadi, bila Nabi Isa dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Macam mana nak jawab ya???
Agak-agaknya apa yang kumpulan kami jawab ya....;)

Thursday 26 September 2013

Al-Fatihah untuk Pak Ngah Halim

Salam takziah buat Ngah Yah sekeluarga atas kehilangan Pak Ngah Halim, 63 tahun. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu, 25 September 2013. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Al-fatihah.........

Tuesday 24 September 2013

Station Game @KMP~Pendidikan Moral sem 1 2013/2014

Pada 22 September 2013 Unit Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan program Station Game yang melibatkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Moral WM011. 

Antara objektif program ini adalah :



1.  Membangunkan potensi diri yang ada dalam diri pelajar serta melatih pelajar supaya bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan
2. Mengeratkan hubungan serta meningkatkan persefahaman antara pelajar supaya dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
3.  Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.

Antara pengisian program ini adalah; Kuiz Kenegaraan, Pengetahuan Am dan beberapa aktiviti yang mencabar minda pelajar.






Pengerusi memberikan taklimat














Sebahagian peserta dan AJK bergambar selepas program


AJK Station Game

Monday 23 September 2013

Karnival Nasyid@KMP sesi 2013/2014


Hari Ahad 22 September 2013 baru ni telah diadakan Karnival Nasyid di Dewan Sri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis anjuran JK Kelab Kebudayaan dan Kesenian 1 Malaysia... 


Persembahan daripada Kumpulan Rijalul Wasim...
Saya dijemput sebagai juri untuk Karnival Nasyid bagi kategori lelaki... Persembahan yang menarik telah diberikan oleh semua kumpulan yang menyertainya...


En Shahrom (KJPP) menyampaikan cenderahati kepada juri...
Tahniah buat Kak Kin dan Kak Am... Sesi depan boleh organise lagi ye...:)

Monday 16 September 2013

Sekitar Sambutan Semarak Kemerdekaan Malaysia ke 56@KMP

Selamat Menyambut Hari Malaysia...

KMP telah menjalankan Sambutan Semarak Kemerdekaan ke 56 Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis pada 16 Ogos 2013 hingga 16 September 2013.... Beberapa program telah dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut, antaranya :


# Pelancaran Sambutan Semarak Kemerdekaan Malaysia ke 56 dan Larian KAKOM

# Kempen Kibar Jalur Gemilang
# Pertandingan Penghasilan Blog dan Poster Kemerdekaan
# Majlis Bacaan Yasin Pejuang Kemerdekaan
# Sambutan Merdeka Raya
# Program Timeless Independence III
# Sambutan Hari Malaysia

Antara foto program yang sempat dirakamkan sepanjang program Sambutan Semarak Kemerdekaan Malaysia ke 56 Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis....


Pelancaran program



Larian KAKOM








Perasmian oleh Timb Pengarah En Mohd Fuad Mohd Noor

Majlis Bacaan Yasin Pejuang Kemerdekaan





Persiapan UPIM untuk Kempen Kibar Jalur Gemilang










simple deco untuk Kempen Kibar Jalur Gemilang dari UPIM
Pohon logo kemerdekaan ~ air tangan Kak Halimah

Kempen Kibar Jalur Gemilang @ Kediaman Felo





Penyediaan rojak oleh UPIM & Unit Kemahiran Dinamika untuk Sambutan Merdeka Raya



Sambutan Merdeka Raya @ Dewan Sri Kayangan



Ok, dah abis dah pic.... Ni ja yang sempat dirakamkan...