Thursday 24 January 2013

Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul...

Semarakkan mahabbah kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w...

Friday 18 January 2013

Selamat Menimang Cahayamata...

Selamat menimang cahayamata yang kedua buat adik saya Mohd 'Asri 'Al-Rawa...

Alhamdulillah....
pada tanggal 15 Januari 2013, adik ipar saya selamat melahirkan seorang cahayamata melalui pembedahan.... Kali ni adik saya dikurniakan dengan seorang puteri... Nama diberi Hana Khadijah...

Kiranya bonda saya dah ada tiga orang cucu la.... Dan, kali ni dapat cucu perempuan sulung la...

Tuesday 15 January 2013

Bubur Asyura 1434H & Program Kembara Prihatin

Aktiviti 2 in 1 kat kampung saya... Program Kembara Prihatin dan Gotong-royong Menyediakan Bubur Asyura...
menu breakfast...pulut+nyior +ikan kering... ada jugak sandwich goreng & keropok



Sumbangan dari penganjur Program Kembara Prihatin kepada warga KHTK








sesi minum air nyior...






Awat dok kat celah pokok ni??


Mr Aswari... lecturer Kimia kat KMK... tapi kali ni jadi marshall...



Kacau... jangan tak kacau...:)


Untuk semua warga KHTK

Menu tengahari


Friday 4 January 2013

Yusof Dah Darjah Satu...

Gambar-gambar ni diambil pada 29 Disember 2012 (Sabtu).... Ada sesi suaikenal pelajar dan juga sesi taklimat kepada waris kat sekolah Yusof....



Ishak Alrawa dok perati ja Yusof bersiap...

ready to go...
kat tapak perhimpunan...




Sesi taklimat untuk pelajar 

Guru Besar sedang bagi taklimat kepada waris...

Sesi taklimat... saya dan suami dok kat belakang sekali....

Walid dan Ummi Yusof kat kantin... lepas selesai taklimat...


Tahun 2013... Alhamdulillah... Yusof dah mulakan sesi persekolahannya... Mmm...dah masuk darjah satu... Besar dah anak ummi ni... Belajaq rajin-rajin no...

Alhamdulillah... Yusof belajar di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA) kat Lebuhraya Sultan Abdul Halim... Sesi pengajian kat SRIDA ni mula jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang... Nampaknya, jadual Yusof dah berubah la sejak sekolah ni... Masa kat PASTI sebelum ni, pukul 7.00 baru mandi dan bersiap-siap... tapi, sejak masuk darjah satu ni awal-awal pagi lagi Yusof dah kena bersiap-siap ke sekolah sebab saya yang menghantar Yusof ke sekolah... Lebih kurang 6.30 pagi dah nak keluar dari rumah... Tapi, kalau nak keluar dengan walid, lagi la awal sebab pukul 6.00 pagi lagi suami saya dah keluar pi keja... Takpa la Yusof no... nak belajaq ni kena susah sikit... Bak pantun Melayu,"Berakit-rakit ke ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian."

Dan ingatlah Yusof tentang firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 5 & 6 :


فإن مع العسر يسرا (5)  إن مع العسر يسرا (6)

Maksudnya : "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) : Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Moga Allah permudahkan anak Ummi dalam menuntut ilmuNya... Amin...

اَللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَ عَلّمْهُ التَّأْوِيْلَ