Monday 20 August 2012

Salam Aidilfitri....1433H

Salam Aidilfitri buat semua muslimin.....

Semoga Madrasah Ramadhan yang meninggalkan kita pada tahun ini berjaya mendidik jiwa dan ruh kita agar sentiasa mengingati Allah dan sentiasa mencari Cinta Ilahi.....

Apa yang penting adalah istiqamah dalam semua amalan yang dilakukan..... Jangan hanya beramal di bulan Ramadhan tetapi meninggalkan semuanya apabila tabir Syawal berkunjung tiba....

Salam Aidilfitri.... Maaf Zahir dan Batin..

Wednesday 8 August 2012

Yusof Dapat Mak Menakan Baru....

Hari Ahad kelmarin, saya bersama suami dan juga Yusof pegi ke rumah Cik Yang kat Taman Aman.... Actually, kami menziarah Cik Yang dan babynya yang baru dilahirkan.... Dah lima hari usia baby ni baru sempat menjenguk Cik Yang... Baby girl ni adalah anak keempat Cik Yang..... Namanya... Nur Anisa... Mak menakan baru Yusof la ni.....

kecik-kecik lagi dah pandai nengok kamera....
Balik dari rumah Cik Yang, kami ke Taman Bersatu... nak trim rambut Yusof yang dah over panjang tu....

Awat yang muka kelat sangat tu Yusof???
Walid Yusof pun potong rambut jugak tu....

sebelum trim rambut
.....
.....
.....
.....
.....
selepas

Tuesday 7 August 2012

Majlis Bacaan Yaasin Sempena UPS1@KMP

Hari Ahad baru-baru ni telah diadakan Bacaan Yaasin sempena UPS 1 dan Iftar Perdana di Masjid Al-Falah, KMP. Alhamdulillah... program berlangsung dengan jayanya... 

Sesi masak-memasak untuk Iftar telah bermula sejak pagi lagi... namun saya hanya hadir bertugas pada sebelah petang untuk sesi menghidang juadah berbuka memandangkan saya sebagai AJK Jamuan untuk pensyarah..... Sempat jugak snap beberapa pic sebagai koleksi peribadi.....

Bersama Kak Kin & Wardah... saja la tayang makaroni bakar...

Semua sibuk menghidangkan juadah untuk berbuka....

Posing je lebih neh....
Aikk... Kak Kin pun posing jugak... :-)

Menu berbuka untuk VIP.... mmm... solok lada pun ada....

Majlis Bacaan Yaasin bermula lebih kurang 6.30 petang.....

Pengarah KMP... Datin Hjh Azuyah Hassan
Bersama Kak Kin dan isteri Ustaz Ubai.... sedang tunggu waktu berbuka....

Saturday 4 August 2012

Sepurnama di KMP...

Hari ni.... 3 Ogos 2012, genaplah sepurnama saya bertugas di KMP sejak melaporkan diri pada 3 Julai yang lalu..... Alhamdulillah... walaupun agak jauh sedikit berbanding KMK namun suasana kerja kat sini banyak memudahkan saya.... daripada pihak pengurusan, rakan-rakan dari Unit P.I sendiri dan rakan-rakan (K.Kin, K.Am, K.Aufa, Ju n Cik Asmadi) yang sama-sama bertukar ke sini banyak membantu saya...


Actually, nak titipkan bicara tentang sesi temuduga kat KMP ni.... Petang kelmarin, sewaktu saya dan rakan-rakan menghantar borang mengenai maklumat aktiviti dan sumbangan di dalam tugas rasmi serta di luar tugas rasmi, kami dimaklumkan mengenai memo temuduga yang akan dijalankan pada hari ini.... Kami dijadualkan pada jam 9.30 hingga 10.00 pagi.... Sebab tu jugalah kami bergegas ke KMK petang kelmarin untuk mendapatkan beberapa surat dan dokumen......(kebanyakan fail dah ditinggalkan kat KMK sebenarnya... dan semua tu dah dibersihkan oleh akak-akak cleaner)


Terima kasih kepada En Suhaimi, Kak Wa, Kak Asiah dan Ustaz Imran.... Tak lupa juga kat Zura yang tolong kami untuk fotostat... Bak kata orang; "Terima kasih daun keladi, lain kali tolong la lagi." hehehe.... Apa-apapun, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa kalian..... Syukran Jazilan...


Walaupun dokumen tak berapa lengkap, sesi interview tetap berjalan mengikut jadual... Lihatlah wajah-wajah yang dah lama tak ditemuduga ni...


Saya dengan Saratha dari English Unit

Kak Kin, Kak Am, Kak Aufa dan Saratha...


Staf KMP yang bertugas....

Temuduga pagi ni bersama dengan Tn Hj Md Soki, Ustaz Raja dan En Md Zain... Alahaiiii... soalan tentang NKRA la pulak.... blur dan tak ingat apa-apa fakta berkaitan NKRA ni... Dulu masa pi kur sus kat Tanjung Bungah, Penang... Dr Sariah ada cakap tentang NKRA ni...tapi time interview tu tak ingat langsung....


Apa-apa pun... dah selesai temuduga hari ni.... lima minit ja sesi temuduga tu.... tapi, nervous  tak tau nak cerita....  


Wahai diri!!! Teruskan menjalankan tugas..... Sesungguhnya rezeki tu datangnya daripada Allah swt... Kita sebagai manusia hanya melaksanakan amanah daripadaNya....

Friday 3 August 2012

Kasutku Sudah Koyak....

Hari ini kasutku sudah koyak... Memang sangat selesa pakai kasut ni.... Rasanya kena pi cari kasut yang sama kat Alor Star Mall..... Tapi, ada jugak hikmahnya... boleh la saya pakai kasut yang dah berkurun dibeli tak pakai-pakai lagi..... simpan kat umah je.... entrinya klik di sini

dah la tapak kasut ni haus.... koyak pulak....

selamat tinggal kasutku.....


nak rasmikan kasut ni la pulak...  :-)
Moralnya.... walaupun kita sangat suka dan sayangkan sesuatu... tapi, bila tiba masanya kita harus berpisah jua.... Kena la redha dengan segala ketentuan Ilahi.... Pasti ada hikmah yang telah Allah aturkan untuk kita... Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.....

Thursday 2 August 2012

Mutiara Ilmu.... Alhamdulillah...

Alhamdulillah... dah 12 hari kita berpuasa... Ramadhan semakin menginjak pergi..... Wahai diri!!! Tingkatkanlah iman dan amal.....

Actually, hari ni nak bicara tentang cenderahati daripada JK Pengurusan Masjid, Kolej Matrikulasi Kedah... Saya dapat dua buah buku sebagai cenderahati.... Nota Fikir Untuk Zikir tulisan Pahrol Mohd Juoi dan Batu-bata Kehidupan tulisan Hilal Asyraf...

Ni la bukunya....



Sebelum Ramadhan lagi dah dapat buku ni tapi hanya sempat meniliknya aje.... Sehari dua ni baru berkesempatan mengulit buku Nota Fikir Untuk Zikir.... Baca satu-satu la kan... Nak abiskan satu buku pun mengambil masa jugak ni... Tapi buku-buku ni memang menarik sangat-sangatlah!!! Banyak sangat mutiara ilmu di dalamnya.... Sangat sesuai sebagai penawar rohani.....

Jazakumullah khairan kathira....