Tuesday 28 February 2012

Cabaran Minda : 'Beads Puzzle'

Hari Sabtu baru-baru ni, pelajar-pelajar dari kelas S3K1T4B sesi 2011/2012 telah berjaya menganjurkan program Cabaran Minda : 'Beads Puzzle'. Actually, saya bagi tugasan kepada pelajar-pelajar kelas ni untuk organize satu program indoor game....dan alhamdulillah mereka dapat melaksanakan dengan jayanya.......



















Program dimulakan lebih kurang pada pukul 9.00 pagi dan berkhir lebih kurang jam 1.40 petang.... Permainan dimulakan dengan peringkat saringan untuk memilih kumpulan untuk ke peringkat akhir..... Setelah selesai peringkat saringan, pusingan akhir menampilkan 6 kumpulan dari kategori perempuan dan 4 kumpulan bagi kategori lelaki.....

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral, Ustaz Mohamed Zukilan kepada kumpulan-kumpulan yang memenangi cabaran pada hari ini.

Monday 27 February 2012

Little Khalifah...

Bicara hari ni adalah tentang kehadiran orang baru dalam famili kami..... Sebelum ni pun dah dibicarakan dalam entry saya, tapi masa tu belum diberikan lagi nama kepada new born khalifah ni...

Alhamdulillah.... dah seminggu Little Khalifah dibawa balik ke Kedah ni.... Yusof panggil 'baby comel' kat sepupunya ni....... Seronoknya bukan kepalang lagi..... Excited sangat nak tengok baby.....Tak kasi orang lain pegang baby comel.....


Hari Isnin lepas, secara rasminya anak saudara saya ini dinamakan ISHAK ALRAWA BIN MOHD 'ASRI 'AL-RAWA.




Semoga ISHAK ALRAWA akan jadi khalifah Allah yang hebat.... sehebat namanya.... 

Amin......


Sunday 19 February 2012

Aktiviti Hujung Minggu....

Hari Rabu baru-baru ni....adik saya bagitau Cikgu Yusof nak masukkan nama Yusof untuk pertandingan mewarna kat SMK Seri Pantai, Kuala Kedah pada hari Sabtu... Jadi, pagi-pagi lagi saya pun bawak la Yusof ke Kuala Kedah...Rupa-rupanya ada Program Pendidikan Pencegahan Dadah kat situ....


sampai je kat SMK Seri Pantai...terus posing...
Ramai juga yang masuk pertandingan mewarna



sedang menunggu kertas lukisan diedarkan oleh penganjur
Cik Ya bagitau apa kat Yusof tu??...



Colour cantik2 Yusof....

Pendaftaran lebih kurang jam 8.00 pagi....Selepas mendaftarkan Yusof, MC dok promote kursus yang akan dijalankan untuk para ibu di dewan SMK Seri Pantai ~ Kursus Sehari Bersama PEMADAM... Apabila pertandingan mewarna dimulakan....saya pun mendaftarkan diri sendiri untuk mengikuti kursus tersebut.  Banyak info yang didapati daripada ceramah yang disampaikan.




penceramah yang sungguh bersemangat...didatangkan khas dari Melaka...
  
Walaupun Yusof tak menang...ok jugak la sebab saya dapat masuk kursus hari ni....

Dah abis aktiviti kat SMK Seri Pantai... apalagi??? balik la...
 
Mmm...kat umah pun ada program juga... program memasak pulut kacau a.k.a wajik.... Pulut kacau ni dibuat khusus untuk diberikan kat Pak Ngah Mi memandangkan Pak Ngah nak buat kenduri kahwin anak ketiganya Siti Sazwani pada hari Ahad.... Sempat la saya snap a few pic.....

kacau pulut sambil duduk???....hebat sungguh la...
mmm... berasap-asap lagi....


dah masak... cedok ke dalam bekas...
saya pun nak jugak.... ni buat balas bekas k.aufa.....

Thursday 16 February 2012

Orang Baru...


Alhamdulillah...malam tadi saya dan keluarga menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami.....Tahniah kepada adik saya ~ Mohd Asri Al-Rawa kerana dikurniakan seorang cahayamata malam tadi....


Petang kelmarin...mak saya menelefon saya untuk memaklumkan bahawa adik ipar saya dah dimasukkan ke wad di HUKM... Ibu saya dah bertolak ke Kuala Lumpur sejak petang semalam dengan menaiki bas... Alhamdulillah malam tadi selamat sampai di sana dan dijemput oleh Faizah ~ anak Pak Long Man....

Lebih kurang pukul 11.30 malam tadi adik saya menelefon menyampaikan khabar gembira....isterinya sudah selamat menjalani pembedahan melahirkan putera sulungnya....

Gambar hiasan semata-mata...pic Yusof dengan Pak Ngahnya time baby dulu......


Pesanan buat adikku...Ingatlah sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud,"Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibubapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi." 

Oleh itu....corakkanlah anak kita mengikut apa yang telah Allah fitrahkan kepada kita Bani Adam... bukan mengikut jalan-jalan yang dimurkai Allah dan bukan mengikut jalan orang-orang yang sesat.........


Monday 13 February 2012

Majlis Maulidur Rasul 1433 H/2012@KHTK


Bicara saya hari ini adalah mengenai Majlis Maulidur Rasul yang dijalankan di kampung saya pada hari Jumaat 10 Februari 2012. 


Pagi-pagi lagi anak saya si Yusof dah bertanya,"Nak buat apa hari ni Ummi....ramai-ramai??" Saya pun bagitau la kat Yusof...,"Hari ni kita nak buat majlis untuk Nabi kita...birthday Rasulullah...."  
 


Majlis hari ini bermula pada pagi hari Jumaat dengan alunan ayat-ayat al-quran, alunan marhaban dan bacaan tahlil.  Manakala di sebelah malamnya, diadakan Kuliah Maghrib.


Semua warga KHTK bergotong-royong menyediakan menu jamuan tengah hari untuk semua yang hadir. Menu yang disediakan untuk hari ini ialah nasi Arab. 
 










rajinnya... anak dara sapa ni??


Tok cik sedang sarapan..
pulut kukus+ikan kering+nyior kukur...

Pakat-pakat pasang khemah





 Bapa-bapa bergotong-royong memasak nasi dan dalca..... Ibu-ibu pula memerah santan....

ok...masukkan kismis...
kacau...jangan tak kacau...


 Majlis ini diserikan dengan alunan marhaban daripada kumpulan marhaban Kampung Hujung Telok Kechai.





Yusof ni sempat main bola lagi...


nasi dah masak.....
dalca pun dah masak jugak....


Ngah tengok je ker Long An, K.Cik dan Mak Teh buat air asam???


Anak-anak dara ni dok posing dalam umah...berlatarbelakangkan Pengerusi Program yang sedang nyenyak berehat sebab keletihan sejak pagi-pagi lagi dah ke market.... bukan apa... pengerusi demam hari ni tapi demi tugas digagahkan jugak.... takpe anak buah ramai kat luar...hehe
  

Menu jamuan tengah hari ini.... nasi Arab, dalca dan air asam.... Mmm...memang sedap...tiga kali saya makan hari ni....


Nasi ni saya punya....










Bacaan tahlil oleh warga KHTK diadakan di perkarangan surau. Selepas selesai tahlil...semua yang hadir menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan....
















Ummi Yusof pun nak enterfame jugak...hehe



Program seterusnya adalah Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Imran b Yusuff berkaitan Sirah Rasulullah saw.....




Semua ahli jemaah khusyuk mendengar mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Imran......


 Alhamdulillah....majlis hari ini berjalan seperti yang dirancang....

Insyaallah...program yang akan datang mungkin bulan Mac atau April dirancang khusus untuk ibu-ibu dan remaja di mana diadakan kerjasama dengan IKRAM....